Pelanggan Public
Gold terdiri daripada 3 peringkat iaitu Customer, Introducer dan Dealer.
Customer terdiri daripada semua orang membeli produk daripada Public Gold untuk menjadi
Customer semua pelanggan perlu mendaftar di laman web Pendaftaran Pelanggan baru Public Gold.
Setiap Customer Public Gold akan mendapat keistimewaan untuk membeli emas dengan
tawaran harga istimewa.
Harga yang dipaparkan di laman web Produk Public Gold adalah sama untuk semua peringkat Customer, Introducer dan Dealer.
Semua orang
akan membayar harga yang sama.
Harga yang dipaparkan di website Public Gold ialah harga jualan di kilang.
Untuk memudahkan Customer Public Gold mendapatkan produk yang mereka beli produk akan dihantar ke cawangan- cawangan Public Gold di seluruh Malaysia.
Penghantaran produk kepada pelanggan melibatkan kos sepeti sewa lori, tol, bahan api, gaji pekerja, insuran dan lain-lain. Kos ini dipanggil Premium.
Customer Public Gold yang bijak akan mendapat keuntungan segera dengan cara menjimatkan kadar bayaran Premium dengan membeli emas bersaiz besar.
Contohnya jika Customer Public Gold ingin membeli 50 gram emas.
Mereka boleh memilih sama ada ingin membeli 5 keping 10 gram atau 1 keping 50 gram.
Kadar premium untuk 5 keping 10 gram ialah RM15 x 5 = RM75. Kadar premium untuk gold bar 50 gram ialah RM40.
Customer yang bijak akan memperolehi keuntungan segera RM35.
Public Gold menjual emas dan perak mengikut harga yang hampir kepada harga sebenar pasaran dunia dan berubah setiap 20 minit. Harga sebenar emas di pasaran dunia boleh dilihat di laman web Kitco dan Gold Price Malaysia.
Public Gold menggunakan Spread untuk menjana keuntungan. Kadar spread yang ditetapkan oleh Public Gold adalah antara 6 hingga 9% sahaja.
Kadar ini adalah tetap dan seragam di Seluruh Malaysia.
Kedai emas memanggil keuntungan ini sebagai kos upah atau kos tukang. Kadar upah atau upah tukang dikedai emas tidak sama, berbeza mengikut kedai, jenis barangan yang ditempah, kualiti barangan, lokasi dan sebagainya.
Setelah yakin kepada sistem yang digunakan oleh Public Gold, Customer Public Gold boleh mengajak orang lain untuk mendaftar sebagai Customer Public Gold.
Orang yang memperkenalkan orang lain kepada Public Gold dikenali sebagai “Introducer”.
Introducer bukan mentor atau agen.
Introducer tidak akan menerima sebarang faedah dari Public Gold sehingga mereka bergelar “Dealer Public Gold”.
Untuk meningkatkan diri dari introducer ke Dealer Public Gold. Introducer perlu:
- Memperkenalkan seramai 50 orang Customer baru kepada Public Gold; atau
- Membuat pembelian emas dalam jumlah tertentu mengikut syarat yang ditetapkan oleh Public Gold. Kaedah ini hanya sah di dalam tempoh promosi tertentu sahaja.
Dealer Public Gold
akan menerima beberapa insentif dalam pelbagai bentuk yang terdiri daripada hadiah percutian, bayaran tunai dan Banglo.
Tiada had siling untuk insentif yang boleh diterima, semuanya bergantung kepada usaha dan kemahuan Dealer itu sendiri. Lagi besar jualan keseluruhan, lebih banyak insentif akan diterima.
Keahlian sebagai Dealer tidak dikenakan sebarang yuran tetapi perlu mematuhi beberapa syarat dan peraturan yang ditetapkan untuk melayakkan Dealer Public Gold menerima insentif yang ditawarkan.
Public Gold menawarkan pelbagai saluran untuk meningkatkan pengetahuan Dealer supaya mereka mampu menjana pendapatan pasif secara berterusan antaranya ialah Weekly Branch Meeting, FB Live oleh Dealer yang berpengalaman, Public Gold Dealers Training Group di Facebook, perkongsian maklumat di telegram, kursus dan banyak lagi.
Apa peranan Dealer Public Gold?
Dalam bahasa mudah, Dealer Public Gold ialah duta kecil yang berperanan untuk menyedarkan masyarakat mengenai kepentingan membuat simpanan dalam bentuk emas.
Dealer Public Gold bertindak sebagai orang tengah untuk memudahkan urusan customer membeli produk yang ditawarkan oleh Public Gold.
Dealer Public Gold bukan saudagar Emas.
Dealer Public Gold tidak perlu membeli, menyimpan dan menjual emas kepada Customer Public Gold.
Customer Public Gold boleh menguruskan sendiri semua pembelian bermula dari tempahan, bayaran dan pengambilan stok dengan tanpa perlu melibatkan orang tengah.
Customer PUblic Gold hanya perlu faham bagaimana sistem jualan Public Gold berfungsi.
Public Gold bukan MLM.
Public Gold bukan Skim Cepat Kaya.
Public Gold menawarkan skim pemilikan emas yang patuh syariah.
Dealer Public Gold hanya perlu memberi tunjuk ajar kepada kumpulan sasar mengenai cara untuk membeli emas dari Public Gold.
Untuk meningkatkan komsyen dealer Public Gold perlu menyebarkan luaskan maklumat berkaitan promosi semasa yang ditawarkan oleh Public Gold.
Dealer Public Gold boleh membuat promosi melalui pelbagai saluran seperti Facebook, Instagram, blog, Youtube dan pelbagai saluran lagi.
Kelebihan utama Public Gold ialah Public Gold selain dari menawarkan urusan jual beli emas pelaburan.
Public Gold turut menawarkan perkhidmatan penjualan barang kemas, perkhidmatan peti simpanan keselamatan, Perkhidmatan Pajak Gadai dan jualan Barangan Perhiasan Wanita.
Muzium Emas Public Gold terletak di 95, Lebuh Bishop, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang.
Emas keluaran Public Gold juga boleh dibeli melalui cawangan-cawangan Pos Ar Rahnu di seluruh Malaysia.
Selain dari itu para pelanggan Public Gold juga boleh mendapatkan keperluan harian, perkakasan elektronik dan berbagai perkara lain melalui PG Mall.
Semua proses tempahan dan bayaran boleh dibuat secara atas talian.
So jangan tunggu lagi, jom daftar sebagai Customer Public Gold dan cipta pendapatan pasif sebagai Dealer Public Gold.
Untuk dapat untung dengan emas dan silver perlu ada ilmu emas.
Penerangan mengenai SAP Public Gold
Penerangan mengenai GAP Public Gold
Cara Daftar Customer Public Gold
Cara Daftar Dealer Public Gold
https://ilmuemas2020.com/
Comments
Post a Comment