Perjanjian
Bretton Wood menetapkan bahawa wang kertas perlu diikat dengan emas mengikut
nisbah RM35 dollar untuk setiap 1 Auns. Manakala untuk jumlah yang lebih kecil
wang kertas diikat dengan perak. Wang kertas asalnya ialah sijil emas dan
perak.
Sijil
emas dan perak ini boleh ditukarkan kepada syiling emas atau perak apabila
diminta oleh pembawa wang kertas tersebut. Wang kertas digunakan untuk
memudahkan urusan jual beli kerana wang emas dan perak yang dikenali juga
sebagai dinar dan dirham berat dan sukar untuk dibawa ke mana-mana.
Wang
fiat iaitu wang yang kita gunakan pada hari ini tidak disandarkan kepada emas
atau perak. Nilai wang kertas dijamin oleh kerajaan (baca: manusia), manakala
nilai wang emas dan perak dijamin oleh tuhan.

Wang fiat pada hakikatnya ialah
surat hutang....
![]() |
This not is legal tneder for all debts public and private |
Rujuk tulisan yang tertera di atas dollar Amerika yang menjadi
sandaran kepada semua Matawang yang digunakan di dalam dunia hari ini. Wang Fiat dicetak oleh Federal Reserve iaitu syarikat yang dilantik oleh kerajaan Amerika untuk mencetak wang. Wang akan dicetak mengikut arahan kerajaan dengan tanpa disandarkan kepada sebarang komoditi fizikal.
So.....
Emas
dan Perak adalah logam berharga yang disebut dengan jelas di dalam Al Quran. Al
Quran menyifatkan kecintaan manusia kepada emas dan perak adalah merupakan satu
fitrah atau sifat semula jadi. Untuk berjaya didunia dan akhirat manusia perlu
mengurus emas dan perak dengan sebaik mungkin.
Emas
dan perak adalah merupakan lambang kekayaan dan kemegahan manusia. Emas dan
perak juga boleh menjadi punca manusia dihumban ke neraka apabila manusia gagal
menunaikan zakat dan menggunakan harta tersebut mencari keredhaan ALLAH.
Keinginan
manusia kepada emas dan perak tidak pernah ada penghujungnya. Keadaan jelas
dinyatakan oleh Rasullah di dalam hadis-hadis berikut:
“Celakalah hamba dinar, hamba dirham, hamba pakaian dan hamba mode. Jika diberi, ia redha. Namun jika tidak diberi, ia pun tidak redha”.
“Celakalah hamba dinar, hamba dirham, hamba pakaian dan hamba mode. Jika diberi, ia redha. Namun jika tidak diberi, ia pun tidak redha”.
(HR. Bukhari no. 6435)
“Seandainya manusia diberi dua lembah berisi harta, tentu ia masih menginginkan lembah yang ketiga. Yang bisa memenuhi dalam perut manusia hanyalah tanah. Allah tentu akan menerima taubat bagi siapa saja yang ingin bertaubat.”
“Seandainya manusia diberi dua lembah berisi harta, tentu ia masih menginginkan lembah yang ketiga. Yang bisa memenuhi dalam perut manusia hanyalah tanah. Allah tentu akan menerima taubat bagi siapa saja yang ingin bertaubat.”
(HR. Bukhari no. 6436)
Oleh kerana Islam adalah
agama yang sesuai dengan fitrah atau sifat semula jadi manusia, maka Islam
tidak melarang umatnya untuk memiliki kekayaan malah umat Islam adalah amat
dituntut untuk berusaha mencari kekayaan supaya mereka boleh menginfakkan
sebahagian harga yang ada dijalan ALLAH.
Perak merupakan logam yang
menjadi kembar kepada Emas, pakar pelaburan menasihatkan agar para pelabur
turut melabur di dalam bentuk perak kerana harga perak dijangka akan meningkat
pada masa hadapan. Perak yang dikenali sebagai Dirham adalah merupakan Matawang
yang telah digunakan oleh manusia selama beribu-ribu tahun. Seperti mana emas
perak juga adalah kalis inflasi, jika 1400 dulu, 1 dirham (perak seberat 2.975
gram) masih mampu membeli seekor ayam pada hari ini.
Harga perak yang berada di
pasaran pada hari ini adalah terlalu rendah berbanding dengan nilai sebenar
perak, keadaan ini berlaku kerana perak digunakan untuk kegunaan industri, ini
bermakna jika harga perak mahal, harga barangan yang menggunakan perak sebagai
bahan asas juga akan turut meningkat.
Menurut pakar logam, walaupun
perak amat diperlukan oleh industri, perak tidak dilombong secara khusus
sebaliknya ia dijadikan sebagai produk sampingan kepada logam yang lain,
keadaan ini berlaku kerana kos perlombongan perak secara khusus adalah tinggi,
manakala harga perak di pasaran adalah rendah. Keadaan ini menyebabkan bekalan
perak menjadi terhad.
5 sebab kenapa pelabur tak
minat beli perak!
Perubahan harga perak terlalu besar
Sejarah mencatatkan bila emas
naik, harga perak akan naik 2 hingga 3 kali ganda lebih tinggi berbanding daripada
emas. Kadar turun naik harga perak adalah 1.6 kali ganda berbanding dengan emas.
Sebagai contoh apabila harga emas meningkat sebanyak 35%, harga perak mungkin
akan naik sehingga 100%, sebaliknya apabila harga emas turun sebanyak 30%,
harga perak mungkin akan berkurangan sebanyak 60%.
Harga Emas berubah sebanyak 0.64% dalam masa sehari (13/01/2020)
![]() |
Harga Perak bergerak sebanyak 1.2% sehari (13/01/2020) |
Habis tu camna!
Kita kena faham, jika kita
beli emas atau perak secara fizikal kita tidak akan rugi sehinggalah emas atau
perak tu kita jual.
Yang sibuk sangat mengenai untung rugi atas kertas ni
adalah mereka-mereka yang bermain saham dan membeli komoditi secara spekulasi.
Mereka gunakan leverage untuk meningkatkan keuntungan mereka, bila harga saham
atau komoditi jatuh di bawah paras tertentu merekan akan dikenakan margin
call.
Kalau tak nak pening kepala dengan pergerakan harga perak ni, beli silver bar ikut kemampuan kita, simpan dan tunggu harga naik jual. Harga jatuh simpan...
Kalau tak nak pening kepala dengan pergerakan harga perak ni, beli silver bar ikut kemampuan kita, simpan dan tunggu harga naik jual. Harga jatuh simpan...
Spread tinggi
Spread
ialah perbezaan harga jual dan harga beli yang ditawarkan oleh penjual emas dan
perak. Spread emas yang dijual oleh Public Gold ialah antara 6% hingga 9%
mengikut jenis dan berat emas berkenaan.
Spread
untuk silver bar Public Gold pula berada antara 12% hingga 15%.
Pada
masa ini Public Gold hanya akan membeli semula silver bar sahaja, jika kita
kumpul dirham Public Gold kita perlu cari pengumpul dirham untuk membeli dirham
tersebut dari kita.
Senang cerita, perak ni susah nak beli (tak banyak dijual) dan susah nak jual (tak ramai yang nak beli).
Susah nak jual atau gadai
Tidak
banyak Ar Rahnu yang menerima perak sebagai cagaran pinjaman. Koperasi DaganganEmas (KDE) adalah Ar Rahnu pertama di Malaysia yang menerima
perak sebagai cagaran pinjaman.
Susah nak simpan
Saiz
silver bar yang ditawarkan oleh Public Gold ialah 100 gram, 250 gram, 500 gram,
1 KG dan 5 Kg.
![]() |
Silver Bar Public Gold |
Berpotensi untuk untung besar
Harga
perak jadi murah buka sebab harga dia murah tapi sebab harga perak dikawal
supaya menjadi rendah untuk mengelakkan harga barangan di pasaran menjadi
terlalu mahal.
Mengikut
piawaian Matawang 1 dirham bersamaan 0.7 dinar. Bermakna secara kasar jika
harga dinar pada hari ini ialah RM1000, nilai 1 dirham ialah RM700.
Tahukah
anda (pada waktu artikel ini ditulis) bahawa KGT menjual 1 dirham dengan harga
RM20 dan Public Gold menjual 1 dirham dengan harga RM 15.30.
Jauh
bezakan....
Secara kasar kita boleh katakan nilai dirham yang dijual pada hari ini berada pada kadar 97.8% lebih rendah dari nilai sebenar.
So,
fikir-fikirkanlah....
Nota:
Walaupun pelaburan perak dalam bentuk kertas adalah lebih mudah untuk
dikendalikan, saya lebih cenderung kepada perak fizikal kerana kita boleh kawal
dan simpan sendiri pelaburan kita itu. Kertas boleh koyak, lusuh dan rosak.
Silver bar akan tetap utuh.
Untuk Branch anda boleh pilih mana cawangan public Gold Yang berhampiran dengan tempat tinggal anda.
Abdul Shokor bin Abd Talib
PG Intorducer Code: PG00124016
Daftar sebagai Customer Public Gold
Daftar sebagai Customer Public Gold
Whatsapp: 018-9722787
email: abdulshokor@hotmail.com
Untuk Branch anda boleh pilih mana cawangan public Gold Yang berhampiran dengan tempat tinggal anda.
Jika rasa ragu-ragu, beli 1 gram dulu dengan harga RM290, lepas tu bawa pergi Pos Ar Rahnu, tengok betul ke emas tu boleh digadai ataupun pergi je kat kaunter Ar Rahnu tu, kat pintu masuk mesti ada rak kaca pameran emas Public Gold.
Abdul Shokor bin Abd Talib
PG Intorducer Code: PG00124016
Whatsapp: 018-9722787
email: abdulshokor@hotmail.com
https://ilmuemas2020.com/
https://ilmuemas2020.com/
Comments
Post a Comment