HADITH BERKAITAN EMAS DAN PERAK



1) Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah telah bersabda “Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlahdinar dan dirham (untuk digunakan). (Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal).
2) Dari Abu Hurairah r.a., katanya: “Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Satu dinar yang engkau belanjakan untuk perjuangan fisabilillah, satu dinar yang engkau belanjakan untuk seseorang hamba sahaya – lalu dapat segera merdeka, satu dinar yang engkau sedekahkan kepada seseorang miskin dan satu dinar yang engkau nafkahkan kepada keluargamu, maka yang terbesar pahalanya ialah yang engkau nafkahkan kepada keluargamu itu.” 
(Riwayat Muslim)
3) Dari Abu Abdillah (ada yang mengatakan namanya itu ialah Abu Abdirrahman) iaitu Tsauban bin Bujdud, yakni hamba sahaya Rasulullah s.a.w., katanya: “Rasulullah s.a.w. bersabda: “Seutama-utama dinar yang dinafkahkan oleh seseorang lelaki ialah dinar yang dinafkahkan kepada keluarganya, dan juga dinar yang dinafkahkan kepada kenderaannya untuk berjuang fi-sabilillah dan pula yang dinafkahkan kepada sahabat-sahabatnya untuk berjuang fisabilillah juga.” 
(Riwayat Muslim)
4) Dari Abu Hurairah r.a., katanya: “Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Tiada seorang pun yang memiliki emas dan tidak pula yang memiliki perak, lalu ia tidak menunaikan haknya – zakatnya – dari emas dan perak itu, melainkan apabila telah tiba hari kiamat nanti dibuatkan untuknya beberapa lembaran dari api neraka lalu di-panaskanlah dalam neraka Jahanam, kemudian di’seterika’lah lambung, kening dan punggungnya dengan lembaran-lembaran tadi, setiap kali ia telah menjadi dingin lalu dikembalikan lagi untuknya – yakni dipanaskan dan di’seterika’kan lagi. Hal sedemikian itu terjadi dalam masa yang perkiraan lamanya ialah selama lima puluh ribu tahun – menurut hitungan hari dunia, sehingga diputuskanlah antara sekalian hamba Tuhan, lalu orang itu dapat mengetahui kelanjutan nasib dirinya, ada kalanya ke syurga dan ada kalanya ke neraka.”…. (Muttafaq ‘alaih)
5) Dari Abu Darda’ r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tidakkah engkau semua suka kalau saya beritahukan kepadamu semua akan sebaik-baik amalanmu, juga seindah-indahnya bagi Tuhan yang Maha Merajaimu semua, serta yang tertinggi dalam derajat-derajatmu semua, bahkan lebih baik untukmu semua daripada menafkahkan emas dan perak, juga lebih baik untukmu semua daripada engkau semua bertemu dengan musuhmu lalu engkau tebas leher-leher mereka itu dan mereka pun menebas leher-lehermu semua?” Para sahabat berkata: “Baiklah.” Beliau s.a.w. lalu bersabda: “Iaitu berzikir kepada Allah Ta’ala.”
(Riwayat Termidzi)



6) Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w. sabdanya: “Para manusia ini adalah bagaikan benda logam, sebagaimana juga logam emas dan perak. Orang-orang pilihan di antara mereka di zaman Jahiliyah adalah orang-orang pilihan pula di zaman Islam, jikalau mereka menjadi pandai – dalam hal agama. Ruh-ruh itu adalah sekumpulan tentera yang berlain-lainan, maka mana yang dikenal dari golongan ruh-ruh tadi tentulah dapat menjadi rukun damai, sedang mana yang tidak dikenalinya dari golongan ruh-ruh itu tentulah berselisihan – maksudnya ruh baik berkumpulnya ialah dengan ruh baik, sedang yang buruk dengan yang buruk.” 
(Riwayat Muslim)
7) Dari Abu Hurairah r.a. pula dari Nabi s.a.w., sabdanya: “Binasalah – yakni celakalah – orang yang menjadi hambanya dinar/emas dan dirham/perak, baldu sutera serta pakaian. Jikalau ia diberi itu relalah hatinya dan jikalau tidak diberi, maka tidaklah rela – maksudnya ialah amat sangat tamaknya.
(Riwayat Bukhari)
8) Hadits daripada Urwah bin Abi Al-Ja’d Al-Bariqi, beliau berkata:
“Sesungguhnya Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam memberinya satu dinar untuk membeli seekor kambing, lalu ia membeli untuk Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam dua kambing dengan wang tersebut. Maka ia jual seekor dengan harga satu dinar dan membawa satu ekor kambing dan satu dinar kepada Nabi Shallallahu’alaihi wa sallam. Lalu Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam mendoakannya: “Dia (Urwah ini), seandainya membeli debu tentu akan untung juga” 
( Riwayat Abu Dawud [2810] dan at-Tirmizi [1/287])
9) Abu Salamah menceritakan, “Aku pernah bertanya kepada Aisyah RA, “Berapakah mahar Nabi untuk para isterinya?” Aisyah menjawab, “Mahar beliau untuk para istrinya adalah sebanyak 12 uqiyah dan satu nasy.” Lalu Aisyah bertanya, “Tahukah kamu, berapa satu uqiyah itu?” Aku menjawab, “Tidak.” Aisyah menjawab, “Empat puluh dirham.” Aisyah bertanya, “Tahukah kamu, berapa satu nasy itu? “Aku menjawab, “Tidak.” Aisyah menjawab, “Dua puluh dirham.” 
(Riwayat Imam Muslim)




Kredit:
https://muslimcambodiablog.wordpress.com/2017/08/06/hadis-berkaitan-emas-dan-perak/



Untuk mula membeli emas dan perak anda boleh mendaftar disini:
Daftar Public Gold

Abdul Shokor bin Abd Talib
PG Intorducer Code: PG00124016
Whatsapp: 018-9722787

email: abdulshokor@hotmail.com


Saya menulis artikel ini atas rasa kasih sayang sesama insan, bak kata Ramli Sharif.
Jangan kau pandang bibir yang manis
Kerana dia bisa menghancurkan
Jangan kau pandang wajah yang indah
Kerana dia bisa meracunmu
Dengarlah hai teman
Dengarkan bersama
Aku menulis bukan kerna nama
Kerna sifat kasih
Pada sesama insan
Dan menyatakan kasih sayangmu
Kita sama semuanya sama
Apa yang ada hanyalah kehidupan
Jangan kau dengar puisi dusta
Kerana dia bisa merosakkan jiwamu

Jangan dengar cakap scammer, mulut mereka manis kerana mereka tanam tebu dihujung bibir.

Jangan dengar kata-kata "biawak" kerana mereka akan u turn apabila terserempak dengan kita bila kita dalam kesusahan.

Dengarlah kata hati yang inginkan kehidupan yang lebih baik untuk diri sendiri, keluarga dan negara.

Duit anda hak anda, anda beli emas fizikal dari Public Gold, sendiri bayar, sendiri ambil emas, sendiri simpan, nak guna duit, sendiri gadai atau jual. Jadi tak timbul soal rugi pun.


Cuma kalau nak berkongsi rezeki bolehlah letak nama saya sebagai introducer semasa daftar dari jadi customer Public Gold, anda tak rugi pun, anda tetap bayar harga yang sama.

Untuk Branch anda boleh pilih mana cawangan public Gold Yang berhampiran dengan tempat tinggal anda.




Jika rasa ragu-ragu, beli 1 gram dulu dengan harga RM290, lepas tu bawa pergi Pos Ar Rahnu, tengok betul ke emas tu boleh digadai ataupun pergi je kat kaunter Ar Rahnu tu, kat pintu masuk mesti ada rak kaca pameran emas Public Gold. 




Abdul Shokor bin Abd Talib
PG Intorducer Code: PG00124016

Daftar sebagai Customer Public Gold
Whatsapp: 018-9722787

email: abdulshokor@hotmail.com

Comments