BIJAK EMAS: PERBEZAAN ANTARA SPREAD DAN PREMIUM

Apa itu "Spread"?

Spread ialah perbezaan diantara harga yang ditawarkan oleh penjual kepada pembeli untuk membeli sesuatu logam berharga (ask price) berbanding  harga tawaran dari pembeli untuk membeli logam berharga yang hendak dijual kepada mereka (bid price).

Di dalam bahasa mudah spread ialah perbezaan antara harga jualan - Harga Public Gold jual kepada pelanggan (PG Sell) berbanding harga belian - Harga Public Gold beli dari pelanggan (PG Buy).

Rujuk 
https://www.publicgold.com.my/.


Rajah 1

Harga PG Buy biasanya adalah lebih rendah berbanding dengan harga PG sell. Perbezaan harga ini merupakan cara syarikat menjana pendapatan.



Saya tidak bersetuju apabila spread di tafsirkan sebagai susut nilai.

Alasan saya ialah seperti berikut;
Kereta mempunyai susut nilai, katakan kadar susut nilai kereta ialah 10% setahun. Jika kita beli kereta dengan harga RM100K, pada hujung tahun harga kereta itu akan turun kepada RM90K.
Tahun kedua nilai kereta akan berkurangan kepada 81K dan seterusnya sehinggalah nilai kereta itu akan menjadi kosong.

Jika kita gunakan formula yang sama kepada emas, katakan kadar spread emas ialah 10%. 
Bermakna jika kita beli 1 dinar emas pada awal tahun dengan harga RM1000, dihujung tahun emas itu hanya bernilai RM900.
Tahun berikutnya nilai emas tersebut akan berkurangan kepada RM810 hingga akhirnya emas tidak bernilai.

Adakah ini terjadi?

Emas sentiasa bernilai pada setiap masa dan ketika.

1 dinar emas pada zaman Rasulullah boleh membeli seekor kambing, nilai emas pada hari ini masih kekal kerana ia masih boleh digunakan untuk membeli seekor kambing. Begitu 1 dirham di zaman sahabat mampu membeli 1 ekor ayam, nilai tersebut kekal sehingga hari ini.

Berdasarkan hujjah ini saya menyangkal pendapat yang mengatakan spread untuk logam berharga ialah susut nilai.

Spread ialah margin keuntungan syarikat penjual emas, spread ditentukan oleh syarikat penjual emas. Tiada peraturan yang mengawal kadar siling keuntungan yang boleh diambil oleh syarikat penjual emas. 


Rajah 2

Harga spot gold (harga emas semasa) yang ditunjukkan di dalam rajah 2 ialah RM238.48.

Harga ini akan berubah setiap minit. 

Rujuk 
Spot gold.

Rajah 3

Harga jualan Public Gold seperti di dala rajah 3 ialah RM257.20.

Harga jualan Public Gold berubah setiap 20 minit.

Perbezaan harga diantara harga spot dan PG Sell ialah RM18.72.

Harga jualan Public Gold (PG Sell) ialah  8% lebih tinggi dari harga spot gold atau harga emas semasa. 

Salah satu cara untuk memaksimakan keuntungan semasa membeli emas ialah membeli emas daripada syarikat yang mengambil margin yang rendah berbanding harga sebenar "spot gold".

Seperti yang ditunjukkan di dalam rajah 1 kadar spread yang ditetapkan oleh Public Gold adalah antara 6% hingga 9%.

Kadar spread berkadar songsang dengan berat emas. Semakin berat emas yang dibeli, semakin kecil nilai spread.

Dari rajah 1 di dapati bahawa 10 gram emas dijual pada harga RM2,572.00, manakala 1000 gram emas dijual pada harga RM253,451.00.

Katakan Ali ingin membeli 10 keping 10 gram emas, harga yang perlu dibayar oleh Ali ialah RM257,200.

Sebaliknya jika Ali memilih untuk  membeli 1 unit jongkong emas seberat 1000 gram, harga yang perlu dibayar hanyalah RM253,451.00.

Harga 1000 gram emas spot ialah RM238,480. Perbezaan harga antara harga spot dan harga PG sell untuk emas seberat 1000 gram ialah 6%.

Ini bermakna dengan membeli emas yang mempunyai berat yang lebih besar, Ali telah mendapat keuntungan segera sebanyak RM3,749 atau 1.6% lebih rendah berbanding harga jualan emas PG sell jika membeli  10 keping gold bar seberat 10 gram dan 2% lebih hampir kepada harga spot gold .

Berdasarkan dari perbandingan diatas terdapat dua cara untuk menjana keuntungan semasa membeli emas iaitu membeli emas dari syarikat penjual emas yang menjual emas dengan harga yang paling hampir dengan harga spot gold dan membeli emas dengan berat yang besar. 

Untuk memaksimakan keuntungan semasa menjual pula kita perlu menjual emas kepada syarikat pembeli emas yang menawarkan spread yang rendah. Seperti yang dapat dilihat di dalam rajah 1 kadar spread emas Public Gold ialah antara 6% hingga 9%. Emas yang mempunyai berat yang besar mempunyai spread yang lebih kecil.

Ini bermakna dengan membeli emas yang mepunyai berat yang besar kita akan memperolehi keuntungan semasa membeli dan menjual emas. Semasa membeli kita mendapat harga emas yang lebih hampir kepada spot gold dan semasa menjual kita akan mendapat harga jualan yang lebih tinggi.

Dari rajah 3, jika kita menjual 10 keping emas 10 gram, kita akan mendapat RM234,100.

Sebaliknya apabila kita menjual satu unit jongkong emas seberat 1000 gram kita akan mendapat bayaran sebanyak RM238,244.00.

Perbezaan harga jualan ialah sebanyak RM4,144.00 atau 1.8%.


Apa itu "gold premium"?

Harga yang dipaparkan oleh Public Gold di laman web Public Gold ialah harga jualan dikilang. Untuk memudahkan pembeli mendapatkan emas mereka dengan tanpa perlu hadir ke kilang, Public Gold membuka cawangan atau branch untuk mengedarkan emas yang dibeli kepada pembeli.

Gold atau silver premium ialah bayaran yang dikenakan kepada pembeli untuk menampung kos tambahan yang timbul semasa proses penghantaran emas atau perak ke cawangan. Kos-kos terlibat ialah seperti sewa kenderaan, insuran, gaji pekerja, kos bahan api, kos tol dan sebagainya.

Rujuk What Is The "Gold Premium" Added To The Gold Spot Price? .

Gold dan Silver premium adalah bayaran WAJIB kecuali jika diberikan pengecualian semasa promosi. 

Sesetengah produk seperti Gold bar 0.5 gram, Gold bar 1 gram, 1/2 Dinar, 5 gram emas dan 10 dirham, tiada bayaran "premium" dinyatakan.

Bayaran premium telah diserap masuk ke dalam harga produk dengan kata lain harga produk-produk ini lebih tinggi daripada nilai sebenar.

Produk seperti ini digelar sebagai "collector's item".


Comments