GAP - GAP, mende GAP tu.
Bagai peminat fesyen GAP ialah jenama pakaian.
Bagi pelajar di Universiti di Peringkat Master dan Phd.
GAP membincangkan mengenai keperluan dan kepentingan sesuatu kajian.
Ada orang kata GAP adalah perkara baru yang tak pernah dikaji manusia di alam semesta.
Wow...
GAP is a nightmare.
Selagi tak jumpa GAP tak boleh tidur malam.
Orang katalah....
Masa aku buat Master thesis dulu ok je.
Tak ada sibuk cari GAP pun.
Aku hanya tumpu pada kajian aku je.
Cari masalah dan selesaikan masalah tersebut..
Bak kata orang tak ada pasal, cari pasal.
La ni aku sembang mengenai GAP dari perspektif penyimpan emas.
GAP ialah Gold Accumulation Program atau Program Kumpul Emas.
Tukar duit jadi emas!.
Melalui kaedah GAP pelanggan boleh menyimpan emas fizikal secara sedikit demi sedikit.
Kadar simpanan minima ialah RM100.
Tujuan utama simpan GAP adalah supaya kita boleh tebus emas yang mempunyai berat yang besar seperti 1 dinar, 5 dinar, 5 gram, 10 gram dan 1000 gram.
Bak kata orang tua-tua sedikit-sedikit lama jadi bukit.
GAP boleh membantu kita menyimpan secara konsisten.
Emas yang di simpan di dalam akaun GAP dinyatakan dalam gram emas.
Secara psikologi bila nampak duit otak fikir nak belanja.
Bila nampak emas, otak rasa sayang, rasa nak simpan dan jaga elok-elok.
Sentiasa nak tambah lagi dan lagi.
Bila simpan emas dompet terasa ringan.
Bila dompet dah ringan, kita akan berkira untuk berbelanja, masalah boros dapat diatasi.
Untuk menjadi penyimpan emas tegar, kita perlu set dalam minda, setiap kali dapat duit mesti tukar sebahagian jadi emas.
Save before spend.
Don't spend and save whatever left.
Lazada, Shoppee, PG Mall sentiasa menanti.
Yang membezakan antara orang kaya dan miskin ialah apa yang ada dalam minda kita.
Bukan harta ditangan.
Katakan "saya mampu", anda pasti boleh melakukan.
Minda yang positif akan menarik perkara yang positif ke arah mereka.
Jom kita bina simpanan emas.
Whatsapp: 018-9722787
Comments
Post a Comment