SOAL JAWAB MENGENAI AR RAHNU

Pajak Gadai

Sistem Pajak Gadai Konvensional popular dikalangan masyarakat untuk mendapatkan pinjaman tunai segera. Terutamanya bagi mereka yang berpendapatan rendah di luar bandar.

 

Keburukan pajak gadai

  • Bunga dan lain-lain bayaran boleh mencapai 24% setahun (2% Sebulan).
  • Kaunter pajak gadai konvensional direka tinggi agar urusan penggadaian tidak dapat dilihat
  • Cara-cara penilaian dan ukuran tidak didedahkan.
  • Tulisan tangan di dalam surat pajak gadai sukar dibaca dan menggunakan bahasa yang tidak difahami.
  • Tiada notis diberikan bagi barang yang tidak dituntut/tamat tempoh.
  • Barang yang tidak dituntut akan dilelong tetapi duit lebihan disimpan oleh broker.

 

Ar Rahnu – Satu penyelesaian

Ar Rahnu adalah satu sistem gadaian yang berlandaskan prinsip muamalat islam, dimana ia adalah satu skim PINJAMAN JANGKA PENDEK YANG BEBAS DARIPADA RIBA.


 
 

Ar Rahnu menurut Quran dan Hadis 

 "Dan jika kamu berada dalam musafir (lalu kamu berhutang atau memberi hutang yang bertempoh), sedang kamu tidak mendapati juru tulis, maka hendaklah diadakan barang gadaian untuk dipegang ( oleh orang yang memberi hutang). Kemudian kalau yang memberi hutang percaya  (dengan tidak payah bersurat, saksi dan barang gadaian), maka hendaklah orang (yang  berhutang) yang dipercayai itu menyempurnakan bayaran hutang yang diamanahkan kepadanya, dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah Tuhannya. Dan janganlah kamu (wahai orang-orang yang menjadi saksi) menyembunyikan perkara yang dipersaksikan itu.  Dan sesiapa yang menyembunyikannya, maka sesungguhnya ia adalah orang yang berdosa hatinya. Dan ingatlah Allah sentiassa mengetahui apa yang kamu kerjakan"

(Al-Baqarah : ayat 283)

 

Bahawasanya Nabi saw menggadaikan (Rahn) diran (baju besi) kepada seorang Yahudi yang bernama Abusy Syahmi atas pinjamannya sebanyah 30 sha gandum untuk keluarganya 

(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

 

 “Dari Aisyah r.a yang bermaksud Nabi s.a.w  pernah membeli makanan dari seorang yahudi dengan harga yang dihutang.  Sebagai tanggungan atas hutangnya itu Nabi s.a.w menyerahkan baju besinya

(Riwayat Al-Bukhari)

 

Dari Ibnu ‘Abbas r.a. yang bermaksud ketika Nabi s.a.w. wafat, baju besinya masih dalam keadaan menjadi tanggungan hutang 20 sha’ (+ 50 kg) bahan makanan yang dibelinya untuk nafkah keluarganya

(Riwayat Tirmidzi)

 

Kelebihan Ar-Rahnu

  • Tiada bunga @ Riba.
  • Transparen dan kaunter yang mesra pelanggan.
  • Semua transaksi jelas direkod.
  • Tempat simpanan yang selamat dan perlindungan insuran bagi barang gadaian.
  • Notis dikeluarkan kepada pelanggan.
  • Lebihan tunai dari lelong diberikan kepada pelanggan.
 

 Soal jawab berkaitan Ar Rahnu 

 

 Apa perkhidmatan yang ditawarkan oleh Ar Rahnu?

Ar Rahnu menawarkan Perkhidmatan pinjaman tunai segera untuk keperluan peribadi dengan menggunakan emas sebagai cagaran tertakluk kepada beberapa syarat tertentu.

 

Bagaimana Ar Rahnu beroperasi?

Modus operandi perniagaan Ar-Rahnu ialah menjadikan sesuatu barang kemas atau barangan emas sebagai cagaran kepada pinjaman yang diberikan kepada seseorang pelanggan.

 

Sekiranya pelanggan tidak dapat menjelaskan hutangnya di dalam tempoh yang ditetapkan, barangan tersebut akan dilelong dimana hasil lelongan itu akan digunakan untuk menjelaskan pinjaman dan bakinya pula akan dikembalikan kepada pelanggan.

  

Berapa jumlah pinjaman yang ditawarkan?

Jumlah pinjaman berbeza-beza mengikut agensi pemberi pinjaman biasanya diantara 65% hingga 80% dari jumlah nilai barangan gadaian.

 

Apakah jenis barang kemas yang diterima untuk gadaian?

Jenis barang kemas yang diterima ialah barang kemas perhiasan dan emas wafer atau emas pelaburan, tertakluk kepada syarat yang ditetapkan oleh pengendali Ar Rahnu.

 

Apakah konsep yang digunakan oleh Ar Rahnu?

Operasi Ar-Rahnu dijalankan secara syariah sepenuhnya.

Rujuk: 

http://e-muamalat.islam.gov.my/images/pdf-bahan-ilmiah/arrahnu.pdf

 

Asas kepada pelaksanaan adalah berlandaskan kepada tiga konsep syariah berikut :

  •  Qard (pinjaman tanpa faedah)

Adalah perjanjian pinjaman di antara pemajak dan penggadai.

Pemajak dilarang meminta bayaran tambahan tetapi penggadai digalakkan memberi token sebagai tanda penghargaan.

 

  • Wadi’ah Yad Dhamanah (simpanan dengan jaminan ke atas barang gadaian)

Penggadai perlu menyediakan barang gadaian sebagai jaminan pinjaman akan dibayar.

Penggadai mengamanahkan pemajak menjaga barang gadaian sepanjang tempoh pinjaman. Jika sesuatu berlaku kepada barang gadaian tersebut tetapi bukan atas kelalaian pemajak, barang gadaian tersebut tidak perlu diganti.

 

  • Ujrah (upah simpan)

Pemajak dibenarkan mengenakan upah kerana menyimpan barang gadaian dengan baik dan selamat.

Pemajak dipertanggungjawabkan menganti barang yang hilang/dicuri kepada penggadai jika gagal mematuhi perjanjian.

 

Berapakah kadar upah simpan Ar Rahnu?

Kadar upah simpan mungkin berbeza mengikut pengendali Ar Rahnu.

 

Sila rujuk laman web mereka untuk mendapatkan maklumat yang tepat.

 



 

#SayaPilihPublicGold
#PG00124016


Senarai Ar Rahnu:

 Nak beli emas dan perak sila masuk sini:

Introducer name: Abdul Shokor Abd Talib

Introducer code: PG00124016

Daftar sebagai Customer Public Gold

#SamaSamaUntung

#KitaJagaKita


#SayaPilihPublicGold

#PG00124016

Whatsapp: 018-9722787 (Abdul Shokor)
 

 

Comments