Kenapa perlu
belajar sejarah harga emas?
Sejarah harga
emas boleh membantu kita membuat keputusan sama ada untuk membeli atau menjual.
Di dalam analisa ini saya akan menggunakan RM berbanding USD sebagai rujukan
kerana RM adalah matawang yang digunakan di Malaysia dan lebih mudah untuk
dibuat perbandingan berbanding matawang asing yang perlu dibuat penukaran kadar
untuk mendapatkan jumlah sebenar di Ringgit Malaysia.
Analisis Harga Emas
Berdasarkan dari
graf yang ditunjukkan (https://goldprice.org/ms/gold-price-history.html), pada
17 November 1995 emas dijual pada harga RM31,442.47/Kg atau RM977.97/Oz. Harga
ini terus meningkat sehingga RM177,540.28/Kg atau RM5,522.12/Oz pada 19
September 2011, sebelum jatuh kepada RM112,818.42/Kg atau RM3,820.08/Oz pada 6
November 2012. Bermula dari 7 November 2012 harga emas telah meningkat sedikit
demi sedikit sehingga mencapai harga tertinggi di dalam masa 24 tahun iaitu RM244,580.70/Kg
@ RM7,607.31/Oz yang dicatatkan pada 20 Mei 2020.
Dari sejarah yang lepas kita dapati apabila emas berada pada harga tertinggi, “pembetulan” akan berlaku.
Pembetulan ialah keadaan dimana harga akan jatuh semula ke tahap
tertentu yang dianggap sesuai oleh pasaran sebelum harga akan naik semula.
Inilah berlaku pada 6 November 2012.
Apa yang mempengaruhi
harga emas?
Harga emas
dipengaruhi oleh banyak faktor seperti aktiviti pembelian atau penjual oleh bank
pusat, inflasi, suasana geopolitik, keadaan pasaran saham dan lain-lain.
Penentu utama
harga emas ialah nilai matawang. Oleh kerana emas dijual beli dengan Dollar, kenaikkan
dan penurunan Dollar akan mempengaruhi akan harga emas dipasaran dunia. Apabila
nilai Dollar rendah, harga emas akan naik dan begitulah sebaliknya. Di dalam jangkamasa
wang kertas atas terus mengalami susutnilai, keadaan ini akan menyebabkan para
pelabur mencari tempat simpanan selamat untuk mengurangkan risiko kerugian.
Emas ada penyelesaian kepada masalah ini.
Harga emas yang
lepas bukan ukuran yang tepat untuk menentukan harga emas pada masa hadapan
tetapi ia boleh digunakan sebagai rujukan untuk seseorang membeli atau menjual
emas.
Daftar sebagai Customer Public Gold
#SayaPilihPublicGold
#PG00124016
Comments
Post a Comment