Berdasarkan dari graf yang diperolehi dari https://goldprice.org/ms/gold-price-history.html, harga perak terendah yang dicatatkan pada 7 Disember 1995 ialah RM427.93/Kg. Harga tertinggi yang pernah dicatatkan ialah RM3,823.05/Kg iaitu pada 16 Ogos 2011, sama seperti emas selepas harga berada dipuncak tersebut bermula dari 17 Ogos 2011 harga perak telah jatuh sedikit demi sedikit sehingga mencapai harga terendah iaitu RM1,745.46 pada 18 November 2014. Selepas dari Tarikh tersebut harga perak telah meningkat semula secara sedikit demi sedikit sehingga hari ini iaitu 25 Mei 2020 dengan harga RM2,377.25/Kg.
Daripada analisa ini kita boleh katakan bahawa Perak masih berada dibawah harga pasaran sebenar.
Kesan Wabak
Covid19 kepada harga Perak di Malaysia
Wabak Covid 19 telah menyebabkan banyak industri terjejas. Wabak Covid19 telah mula dikesan sekitar Januari 2020, ia bermula di Wuhan, China. Di dalam usaha untuk mengekang penyebaran wabak ini China telah menambah kapasiti pengeluaran alat perubatan dan kesannya dapat dilihat apabila harga perak meningkat kepada RM2,570.13/Kg pada 24 Febuari 2020.
Perak adalah logam industri, apabila Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP)
diumumkan pada 18 Mac 2020, harga Perak telah jatuh kepada RM1,664.12/Kg dan harga ini meningkat semula kepada RM2,512.87/Kg apabila kebanyakkan industri
dibenarkan beroperasi semula melalui Perintah Kawalan Pergerakkan Bersyarat
(PKPB) bermula dari 1 Mei 2020. Harga tertinggi iaitu RM2,44.74 telah dicatatkan pada 20 Mei 2020 sebelum
ia turun semula kepada RM2,377.25/Kg
pada 25 Mei 2020.
Daftar sebagai Customer Public Gold
#SamaSamaUntung
#KitaJagaKita
Comments
Post a Comment