SEJARAH DINAR EMAS


Kamus Dewan Edisi Keempat mentakrifkan dinar sebagai kepingan wang emas; mata wang.

Dinar dan Dirham ialah satu-satunya Matawang yang disebut di dalam Al Quran:
"Dan di antara ahli-ahli kitab, ada orang yang kalau engkau amanahkan dia menyimpan sejumlah besar harta sekalipun, dia akan mengembalikannya (dengan sempurna) kepada kamu dan ada pula di antara mereka, yang kalau engkau amanahkan menyimpan hanya satu dinar sahaja pun, dia tidak akan mengembalikannya kepada kamu, kecuali kalau kamu selalu menuntutnya".

(Surah Ali Imran : 75)

"Dan (setelah berlaku perundingan), dan adik beradik Nabi Yusuf telah menjual Yusuf dengan harga yang murah, iaitu beberapa dirham sahaja..."
(Surah Yusuf:20)

Syiling Emas dan Perak merupakan mata wang terawal yang digunakan oleh orang Arab Mekkah dan Madinah pada abad keenam dan ketujuh Masihi. Syiling emas dan perak telah dikeluarkan dan digunakan di wilayah-wilayah Empayar Byzantium dan Empayar Sasan.

Mata wang emas Byzantium yang dipanggil solidus dan mata wang perak Sasan yang dipanggil drachm terus diguna pakai walaupun setelah pemerintahan Islam bangkit di Madinah. Orang Arab sebelum Islam mengenali syiling emas Byzantium sebagai Dinar (daripada perkataan denarius Roman) dan syiling perak Sasan sebagai dirham.

Terdapat 3 jenis Matawang yang digunakan oleh orang Islam pada peringkat awal iaitu Dinar (Emas), Dirham (Perak) dan fals (kata jamak fulus – tembaga).

Dinar emas Islam mempunyai berat khusus, iaitu, 4.25 gram emas 22 karat (917) bagi satu Dinar

Dirham Islam pula mempunyai berat khusus, iaitu, 3.0 gram perak tulin bagi satu Dirham. 

Sayyidina Umar al-Khattab juga menetapkam bahawa berat 7 Dinar bersamaan berat 10 Dirham. 

Ini bermakna kadar pertukaran di antara Dirham dan Dinar emas ialah satu Dirham bersamaan 0.7 Dinar. 

Harga Dinar Emas dan Dirham ditentukan oleh kuasa permintaan dan penawaran.

Di Zaman Rasulullah 1 Dinar boleh digunakan untuk membeli 1 ekor kambing dan 3 Dirham boleh digunakan untuk membeli seekor ayam. Nilai ini masih kekal sehingga hari ini.

Wang kertas diperkenalkan hari dari Perjanjian Bretton Wood yang diadakan pada tahun 1944 di Hotel Mount Washington, Bretton Woods, New Hampshire. 



Antara kandungan terpenting perjanjian ini ialah menjadikan Dollar Amerika sebagai Matawang Dunia bagi menggantikan Gold Standard. 1 Auns emas (31.103 gram) bersamaan dengan 35 Dollar Amerika. Wang kertas pada asalnya merupakan surat hutang atau surat janji mahu bayar hutang. 


Gold Standard Note

Surat Hutang

Gold Standard menetapkan nilai Matawang sesebuah negara ditentukan oleh jumlah emas yang tersimpan di dalam negara tersebut. Di dalam keadaan ini, Matawang yang dikeluarkan oleh sesebuah negara boleh ditebus dengan emas apabila diminta untuk berbuat demikian.

Melalui perjanjian Bretton Woods, nilai Matawang dunia disandarkan kepada Dollar Amerika dan hanya kerajaan Amerika sahaja dibenarkan untuk mencetak Dollar Amerika, keadaan ini berlaku kerana kerajaan Amerika ketika itu menguasai ¾ simpanan emas dunia. Keadaan ini berterus selama 100 tahun dan dalam masa tersebut harga emas adalah tetap tidak berubah kerana wang yang digunakan sebenarnya adalah Emas.





Wang fiat terhasil apabila Richard Nixon pada 1971 memutuskan hubungan antara Dollar dengan Emas. Wang fiat hanya bersandarkan kepada jaminan kerajaan semata-mata, wang fiat tidak mempunyai nilai sebenar.

“Fiat” berasal dari perkataan latin yang bermaksud “biarkan ia terjadi” atau “ia sepatutnya”. Setiap wang fiat akan tertulis dengan perkataan “Wang kertas ini sah diperlakukan dengan nilai”, pernyataan ini membawa maksud wang kertas tersebut hanya mempunyai kerana wang kertas itu diakui sah oleh kerajaan dan wang kertas akan kehilangan nilai apabila sistem kerajaan jatuh seperti apabila yang berlaku kepada wang pisang di Zaman Penjajahan Jepun.

Krisis kewangan yang berlaku pada tahun 1997, telah menyebabkan nilai Ringgit Malaysia jatuh teruk, untuk mengatasi masalah ini kerajaan Malaysia telah menambat tukaran Ringgit kepada RM3.80 untuk setiap 1 USD. Dr Mahathir juga telah mencadangkan agar dunia kembali kepada penggunaan emas untuk menghalang keadaan seperti ini dari terus terjadi.




Dinar Kelantan telah pun wujud seawal tahun 575 Hijrah lagi iaitu dikenali Al-Julus Al-Kelantan. Kerajaan Kelantan melalui Kelantan Gold Trade (https://kgt.com.my/KGT2016) telah melancarkan Dinar Emas Kelantan pada tahun 2006.



Dinar emas Kelantan ini berkonsepkan dinar emas yang dikeluarkan oleh khalifah sayyidina Umar al-Khattab semasa pemerintahannya. Tiada sebarang perbezaan antaranya samada dari segi ketulinan, kadarnya. Cuma yang membezakannya adalah lambang dan tulisan yang tertera pada dinar emas tersebut. Dinar emas Kelantan telah meletakkan lambang dan simbol yang menunjukkan negeri Kelantan itu sendiri.

Pada14 Ogos 2010, Menteri Besar Kelantan , Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berharap Kelantan menjadi negeri pertama mempelopori penggunaan emas dan perak sebagai mata wang syariah emas dinar dan perak dirham. Harapannya agar semua urus niaga, termasuk membayar gaji kakitangan kerajaan negeri menggunakan dinar emas.



Datuk Salleh Majid menyarankan agar penjawat awam menyimpan emas.







Abdul Shokor bin Abd Talib

PG Intorducer Code: PG00124016

Daftar sebagai Customer Public Gold

Whatsapp: 018-9722787

email: abdulshokor@hotmail.com



Untuk Branch anda boleh pilih mana cawangan public Gold Yang berhampiran dengan tempat tinggal anda.

Jika rasa ragu-ragu, beli 1 gram dulu dengan harga RM290, lepas tu bawa pergi Pos Ar Rahnu, tengok betul ke emas tu boleh digadai ataupun pergi je kat kaunter Ar Rahnu tu, kat pintu masuk mesti ada rak kaca pameran emas Public Gold. 




Nak beli emas dan perak sila masuk sini:

Introducer name: Abdul Shokor Abd Talib

Introducer code: PG00124016

#SamaSamaUntung

#KitaJagaKita


#SayaPilihPublicGold

#PG00124016

Whatsapp: 018-9722787 (Abdul Shokor)

https://ilmuemas2020.com/

Comments