Kegawatan ekonomi akan menyebabkan pasaran
saham jatuh, apabila pasaran saham jatuh pelabur-pelabur akan mengeluarkan wang
mereka dari pasaran saham dan menyimpannya di dalam bentuk emas, pada waktu ini
harga emas akan meningkat. Setelah keadaan pasaran saham kembali pulih, para
pelabur akan mencairkan semula emas mereka untuk membeli saham.
Sistuasi politik dunia
Perselisihan faham antara kuasa-kuasa besar
seperti Amerika dan Cina dan yang terbaru antara Amerika dan Iran boleh
mempengaruhi keadaan di pasaran saham dunia.Di dalam kebanyakan keadaan pasaran
saham akan mengalami kejatuhan harga dan permintaan terhadap emas akan melonjak
naik dan mengakibatkan peningkatan harga emas semasa.
Permintaan terhadap emas meningkat
Apabila terdapat gerakkan dari kuasa besar
dunia seperti China dan India untuk membeli emas di dalam kuantiti yang banyak
harga emas akan turut meningkat. Keadaan sebaliknya akan berlaku apabila
terdapat bank yang menjual simpanan emas mereka dengan kadar yang tinggi.
Inflasi berlaku disebabkan oleh kemerosotan nilai mata wang kerana jumlah wang yang berada di dalam pasaran terlalu banyak atau permintaan terhadap barang keperluan lebih tinggi dari penawaran di dalam pasaran. Kadar inflasi yang tinggi akan menyebabkan harga emas meningkat.
Apabila bank menurunkan kadar faedah untuk
simpanan, para penyimpan akan cenderung untuk mengalihkan simpanan mereka ke
dalam aset berbentuk emas untuk mendapatkan keuntungan yang lebih tinggi dengan
cara menjual emas tersebut apabila harga telah meningkat naik.
Kadar harga emas adalah berkadar songsang
dengan nilai Dollar Amerika. Apabila nilai Dollar Amerika jatuh harga emas akan
meningkat, begitulah sebaliknya.
Konflik yang berlaku dinegara-negara
pengeluar minyak akan menjejaskan bekalan minyak dunia. Apabila pengeluaran minyak
semakin kurang, harga minyak akan bertambah tinggi. Harga bahan api yang tinggi
akan meningkatkan kadar inflasi, apabila inflasi meningkat harga emas akan
turut meningkat.
Untuk memudahkan kefahaman kita anggap emas seperti ikan
kembung. Apabila ikan kembung banyak di pasaran harga akan menjadi murah, bila
permintaan terhadap ikan kembung meningkat secara mendadak harga ikan kembung akan
menjadi mahal.
Terdapat lebih dari satu faktor yang mempengaruhi harga emas, mereka yang ingin menjadi pedagang emas perlu peka kepada perkembangan semasa yang boleh mempengaruhi ekonomi dunia dan perlu mahir melihat pergerakan harga emas melalui carta emas.
Abdul Shokor bin Abd Talib
PG Intorducer Code: PG00124016
Daftar sebagai Customer Public Gold
Daftar sebagai Customer Public Gold
Whatsapp: 018-9722787
email: abdulshokor@hotmail.com
Jika rasa ragu-ragu, beli 1 gram dulu dengan harga RM290, lepas tu bawa pergi Pos Ar Rahnu, tengok betul ke emas tu boleh digadai ataupun pergi je kat kaunter Ar Rahnu tu, kat pintu masuk mesti ada rak kaca pameran emas Public Gold.
Abdul Shokor bin Abd Talib
PG Intorducer Code: PG00124016
Daftar sebagai Customer Public Gold
Daftar sebagai Customer Public Gold
Whatsapp: 018-9722787
email: abdulshokor@hotmail.com
Comments
Post a Comment