Semalam aku beli RM262/gram.
Hari ini turun pulak RM255/gram.
Habislah!!!! Rugilah aku.....
Rileks brader....
Brader rilek....
Dalam dunia emas, kau tak boleh tipu.
Harga rendah kena kata rendah.
Harga tinggi kena kata tinggi tapi emas memang sentiasa
mahal untuk mereka yang masih belum memiliki emas walau satu gram.
Harga rendah dan tinggi ni adalah benchmark untuk mereka yang dah ada emas dalam simpanan aje.
Selagi tak ada emas dalam tangan, harga emas akan sentiasa
terasa mahal dan tinggi.
Harga jatuh selepas naik tinggi adalah perkara biasa dalam
jual beli emas.
Ala macam hujan di tengahari....
Keadaan ini dipanggil correction atau pembetulan.
Bila harga emas
tinggi ramai pemilik emas akan jual emas
dan menyebabkan harga emas jatuh dan menjadi rendah semula.
Emas fizikal tak sama dengan saham.
Emas fizikal tiada margin call, takkan rugi selagi emas
fizikal tu masih berada ditangan.
Kerugian hanya akan berlaku apabila seseorang menjual emas yang ada ditangan pada harga yang lebih rendah dari harga beli.
Buat masa ini (Mei 2020) resistance atau harga lantai (harga terendah)
untuk harga emas ialah RM250/gram.
Dalam keadaan biasa, bila harga emas sampai ke
kedudukan resistance atau harga lantai.
Harga emas akan bounce atau melantun (naik semula) semula.
Jika nak untung kita kena "ride the wave".
Nak senang faham, fikirkan analogi bola getah.
Kita ambil bola getah dan baling pada dinding.
Bila bola menghentam dinding, bola akan melantun semula,
betul tak.
Harga emas pun macam tu. Bila dah sampai dilantai, harga
akan melantun naik semula.
Jika hentaman bola terlalu kuat, dinding mungkin akan pecah
dan bola akan melepasi dinding dan masuk ke bilik sebelah.
Begitu juga dengan harga emas. Bila terlalu ramai orang
menjual emas berbanding orang yang beli emas.
Lantai akan pecah.
Harga emas akan jatuh.
Ooook.... RM250 tu
harga lantai ek.
Harga siling @ harga bumbung tak ada ke?.
Buat masa ni (Mei 2020) harga siling atau harga tertinggi ialah
RM262/gram.
Bila harga emas dah cecah lantai jangan panik, kau tak rugi.
Inilah masanya untuk kau tambah gram, beli lebih banyak emas
dan buat cost averaging atau pemurataan kos.
Pemurataan kos
Permurataan kos ni senang je nak kira.
Kira jumlah kos beli semua emas yang telah dibeli bahagikan
dengan jumlah gram ditangan itu aje.
Nama pun purata.... Matematik asas tu.
Jika kau beli emas dan simpan emas setiap masa, tak kira
masa harga rendah atau tinggi.
Kau akan dapat harga emas yang rendah.
Cubalah...
Ingat beli dan simpan.
Murah beli, mahal pun beli.
Jual emas hanya apabila kau perlu pakai duit atau bila kau
nak guna duit untuk tambah kekayaan kau aje.
Contoh jual sekejap untuk beli emas melalui pakej dealer
public gold.
Emas fizikal tiada istilah rugi.
Harga emas sentiasa mahal, tak kira berapa harga emas
semasa.
Konsep asas simpan emas
Ingat konsep ini:
- Perkara terpenting di dalam jual beli emas ialah timing atau masa kau beli.
- Emas boleh dibeli pada mana-mana hari termasuk public holiday. Website Public Gold dibuka 24/7.
- Bila masa yang sesuai untuk jual, ikut pandai kaulah.
- Harga rendah beli dan simpan.
- Harga naik dan mahal pun beli dan simpan.
- Jual hanya apabila nak guna duit untuk buat lebih banyak duit atau bila terdesak untuk tanggung kos sara hidup.
- Jika perlu duit tapi sayang nak jual, Ar Rahnu kan ada!!!!
Langit tak selalu cerah, ada masa mendung, ada masa gelap.
Ada masa panas, ada masa hujan.
Untuk dapat untung dengan emas perlu ada ilmu emas.
#PG00124016
Whatsapp: 018-9722787
Comments
Post a Comment