Di dalam artikel ini En Megat Hisemudin Megat Kasim bercerita mengenai "technical corection" walaupun isi kandungan artikel adalah berkaitan pasaran saham, prinsip yang sama turut terpakai untuk emas.
Apa yang berbeza ialah apabila pasaran saham jatuh merudum pelabur akan keluar dari pasaran saham dan beli emas. Manakala apabila pasaran saham sedang meningkat naik, pelabur akan jual emas dan melabur di pasaran saham semula. Keadaan ini dikenali sebagai "ride the wave". Untuk mengunakan kaedah ini kitp erlu tahu bila ombak akan bermula dan bila ombak akan berakhir. Ini semua memerlukan kemahiran fundamental dan teknikal berkaitan cara emas. Sebab tu saya kata beli emas tak boleh ikut gerak hati. Nak beli emas mesti bermula dengan ilmu.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Minggu ini nak sentuh sedikit dengan terma "technical correction" dalam pasaran saham.
Kebiasaannya technical correction selalu merujuk kepada keadaan "bullish" iaitu pasaran saham dalam keadaan trend menaik dan kemudiannya terdapat penurunan sedikit sebelum melakukan lonjakan seterusnya.
Ada juga yang mengatakan pasaran "berhenti rehat" sebentar untuk menarik nafas sebelum meneruskan rally. Pada ketika ini banyak berlaku kegiatan pengambilan untung.
Pengambilan untung bermaksud ramai pelabur akan menjual pegangan saham dan menyebabkan sering berlaku kejatuhan indek.
Ini berlaku di Bursa Malaysia pada hari Khamis, 4/6/2020 di mana indeks dicatatkan paling tinggi sejak 19/3/2020 iaitu 1,561.40 mata.
Manakala pada hari Jumaat, 5/6/2020 indeks jatuh 5.10 mata untuk berada pada 1,556.3 mata. Walaupun setiap hari akan berlaku kenaikan atau penurunan indeks namun penurunan ini adalah berlawanan dengan trend bursa serantau.
Pada hari Jumaat, hanya Bursa Malaysia sahaja kelihatan merah sedangkan bursa serantau kelihatan cergas.
Disamping itu para pelabur berhati-hati menantikan pengumuman oleh Perdana Menteri mengenai pakej ransangan jangka pendek pada petang harinya.
Dijangka Bursa Malaysia akan kembali cergas pada hari Isnin depan kerana pakej ransangan ekonomi oleh PM mendapat reaksi positif dari kalangan rakyat dan industri.
Secara umumnya rakyat Malaysia dan para pelabur khususnya telah menaruh keyakinan kepada kerajaan PN untuk kestabilan politik dan ekonomi.
Kerajaan PN ditubuhkan pada 29hb Feb dan pada 10 Mac diadakan majlis mengangkat sumpah menteri kabinet.
Pada 19hb Mac pula merupakan titik penamat kepada kejatuhan indeks FBM KLCI. Ketika itu indeks berada paling rendah pada 1,214 mata.
Tanpa menoleh ke belakang, indeks terus menerjah naik. Pada 27 Mac pula kerajaan mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Fiskal dengan jumlah RM250 bilion untuk mengangkat ekonomi Malaysia keluar dari kemelut Covid-19.
Dalam masa dua bulan setengah dari 19/3/2020 hingga 4/6/2020, indeks Bursa Malaysia telah naik 347 mata, hampir kepada 350 mata.
Ia adalah satu perkembangaan yang amat positif bagi ekonomi Malaysia amnya.
Oleh itu jika kita mahukan kemakmuran ekonomi seterusnya, maka kestabilan politik adalah kunci utamanya.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jom kita bina simpanan emas.
Whatsapp: 018-9722787
Comments
Post a Comment