UNLIMITED POWER OF MIND: KUASA MINDA

ALLAH maha adil. Semua manusia berhak untuk menjadi kaya. 

Semua manusia mempunyai kelebihan yang mereka boleh gunakan untuk menjadi kaya.

Kaya ialah banyak mempunyai sesuatu (Kamus Dewan).

Kaya tidak terhad kepada harta. Ada tenaga, kita kaya. Ada ilmu, kita kaya. Ada suara yang lunak yang boleh menghiburkan, kita kaya. 

Sifat orang kaya, berkongsi kekayaan mereka. Ada harta, kongsi harta. Ada ilmu, kongsi ilmu. Ada bakat, gunakan untuk kebaikan. Ada tenaga, kita bantu orang yang lemah dan sebagainya. 

Punca utama manusia miskin ialah kerana mereka tiada niat untuk jadi kaya.  

Daripada Amirul Mukminin Abi Hafs, Umar bin al-Khattab RA katanya, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya setiap amalan berdasarkan niat dan sesungguhnya setiap orang mengikut yang dia niat. Maka sesiapa yang hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, dan siapa yang hijrahnya kerana dunia untuk dia dapatinya atau perempuan untuk dikahwininya, maka hijrahnya mengikut apa yang dia hijrah kepadanya”.

 

Perbahasan mengenai hadis ini boleh dibaca disini:

https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-al-hadith/1136-irsyad-al-hadith-siri-ke-100-sebab-wurud-hadith-setiap-amalan-itu-bergantung-pada-niat

Niat ialah maksud atau tujuan sesuatu perbuatan (Kamus Dewan Edisi Keempat).


Niat sinonim dengan perkataan  maksud: tujuan, ingat di hati, hajat, hasrat, kemahuan, keinginan, kehendak, cita-cita, fikiran, harapan, jangkaan, cadangan, nazar.

Minda ialah akal fikiran; daya berfikir. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Akal ialah daya upaya, ikhtiar, muslihat, tipu daya, menipu, memper­daya (Kamus Dewan Edisi Keempat).


Secara ringkasnya dikatakan untuk mencapai sesuatu di dalam hidup, kita perlu bermula dengan menetapkan matlamat atau tujuan yang hendak dicapai.

Bila nak pergi ke sesuatu destinasi kita akan hidupkan waze. Waze akan tanya ke mana kita nak pergi. Jika kita tak tahu jalan, waze akan tunjuk jalan. Jika kita nak cepat atau nak elak tol, waze akan tunjuk jalan. Ada kalanya kita terlepas simpang, ada kalanya ada kemalangan di hadapan, ada masanya ada jalan berlubang. Tidak kira apa yang berlaku, waze akan tetap mencari jalan supaya kita boleh sampai ke dsetinasi yang kita nak tuju.

Di dalam realiti, minda adalah merupakan waze yang sebenar, minda berada di dalam otak kita.


Dalam tahun 1997, pada awal waktu saya mula bekerja, saya telah menetapkan 3 matlamat utama dalam hidup saya, saya nak dapat Ijazah, saya nak naik pangkat ke gred J3 dan saya nak dapat SKM Tahap 4. Pada waktu itu saya memang tiada sebarang perancangan untuk capai 3 perkara tersebut.

Selepas 22 tahun iaitu pada tahun 2019, saya telah berjaya mencapai ketiga-tiga objektif tersebut:
2006 – Saya berjaya naik pangkat ke gred J3 atau gred J41.
2012 – Saya berjaya mendapat Ijazah dalam bidang Kejuruteraan mekanikal.
2019 – Saya berjaya mendapat Diploma Kemahiran Malaysia dalam bidang Automotif.



Semuanya bermula dengan niat.

Dalam bidang kewangan pula, pada awal tahun 2020, sebelum Covid 19 melanda saya bercita-cita untuk buat simpanan perak fizikal sebagai simpanan kecemasan. Pada 12 Januari 2020 saya beli 35.36 gram Perak pertama dengan modal RM100. Saya berhasrat untuk simpan sekurang-kurangnya 1 Kg perak fizikal sebagai simpanan kecemasan (tiada dateline yang dtetapkan, target saya, dapat gaji tukar RM100 jadi perak fizikal).

Dengan izin ALLAH saya mendapat beberapa bayaran saguhati hasil dari kerja yang saya buat pada tahun 2019. Dapat bayaran, saya beli perak. Dapat bayaran, saya beli perak. Alhamdulillah dalam masa 5 bulan (Mei 2020), saya telah berjaya mengumpulkan 3 Kg perak fizikal.

Sewaktu muda saya terperangkap dengan hutang kad kredit, saya beli apa sahaja yang terlintas dihati menggunakan kad kredit.

Sewaktu saya sedang buat Master di UTM pada tahun 2015, saya telah menghadapai masalah untuk bayaran kad kredit, saya telah diarahkan untuk berjumpa AKPK untuk membuat penyusunan semula hutang.

Saya tidak dibenarkan untuk membuat sebarang pinjaman dan mana-mana organisasi yang berdaftar dengan bank negara. Keadaan ini memang amat menyakitkan. Jika sebelum  ini saya bebas untuk buat loan, sekarang ini tangan saya terikat.

Selepas habis belajar pada tahun 2016, saya ditugaskan di ILPKL. Saya mula mencari buku dan ilmu untuk mengatasi masalah kegawatan ekonomi saya.  

Oktober 2017, isteri saya mengalami kemalangan motorsikal. Tulang kakinya patah, saya perlu bayar RM35,000 untuk kos pembedahan.

Fikiran dah mula buntu, aku ni “Blacklist AKPK”, loan bank tak lepas. Duit simpanan memang tak ada. Saya pun tawakkal pergi koperasi Koswip minta buat loan RM35,000, alhamdulillah lepas.

Bila dah ada duit, isteri tak boleh dibedah pulak sebab ada masalah kesihatan yang lain. Isteri saya dirujuk oleh pakar hospital AL Islam, Kampung Baru ke HUKM. Duduklah di HUKM selama hampir sebulan.

Saya mula terfikir duit ditangan ada lebih kurang RM20,000, setelah ditolak belanja perubatan isteri dan keperluan lain. Jika duit tu saya tinggalkan dalam bank pasti akan hangus. Saya terjumpa buka Wang Emas, dari situ saya berkenalan dengan Public Gold.



Saya pun buat kajian apa itu Public Gold dan pada 12 Disember 2017, saya telah membeli 1 gram emas pertama saya.  Bermula dari situ saya telah menambah pembelian emas secara bertahap. 




Sebagaimana yang dijangka wang pinjaman, tak mampu bertahan lama.
April 2018 saya telah mula mengalami masalah kewangan semula.

Saya mula buat kajian mengenai Ar Rahnu dan itulah kali pertama dalam hidup saya, saya masuk ke Ar Rahnu Pos Malaysia.

Selang beberapa bulan surat gadai Ar Rahnu dah jadi setebal buku 555, saya mula panik, tak bayar emas tergadai, nak bayar duit tak cukup.

Saya tetapkan matlamat, saya mesti pastikan emas saya tidak tergadai. 
Saya akan tebus 1 dinar setiap kali dapat gaji. Saya pun buat jadual pembayaran saya sendiri. Walaupun dinar sentiasa keluar dan masuk ke Ar Rahnu tiada sekeping dinar yang saya beli sebelum ini tergadai. 


Alhamduliilah saya berjaya mencapai matlamat saya.

Dalam keadaan saya tidak boleh membuat pinjaman dengan bank saya masih mampu membelikan dua buah motorsikal untuk anak-anak saya, satu dengan pinjaman kedai dan satu lagi secara bayaran tunai. Semua ini saya lakukan dengan kuasa minda.

Apabila perintah PKP dikuatkuasakan dari Mac hingga April 2020, saya tidak boleh pergi ke Ar Rahnu (banyak sekatan jalan raya, saya tak nak bersoal jawab dengan polis), duit yang sepatutnya saya gunakan untuk bayaran Ar Rahnu saya gunakan untuk beli silver melalui website Public Gold, tu yang dapat beli 3 KG silver tu.



Duit monotorium yang saya dapat bermula April 2020 pula saya guna untuk tebus Ar Rahnu, dapatlah tebus semula beberapa keping dinar LMBA yang kemudiannya saya jadikan modal untuk beli dinar PG Local dan seterusnya melayakkan saya menjadi Normal Dealer Public Gold.



Apa yang akan berlaku seterusnya saya tak tahu, saya redha dan tawakkal aje. Yang pasti semuanya bermula dengan niat, niat saya sehingga hari ini saya nak tebus semula semula dinar saya yang berada di dalam Ar Rahnu dan bantu seramai mungkin manusia untuk keluar dari kegawatan ekonomi mengikut acuan yang dibenarkan oleh syariat.

Inilah kuasa minda...


Nak beli emas dan perak sila masuk sini:

Introducer name: Abdul Shokor Abd Talib

Introducer code: PG00124016


#KitaJagaKita



#SayaPilihPublicGold

#PG00124016

Whatsapp: 018-9722787 (Abdul Shokor)

 

https://ilmuemas2020.com/

Comments