SOLUSI BOROS: JANGAN SIMPAN DUIT! SIMPAN EMAS!

Boros adalah sifat yang sukar dielakkan. Asal ada duit dalam wallet mesti nak belanja. 



Yang peliknya bila bawa emas dalam wallet tak terusik pula. Saranan awal saya jika nak atasi sifat boros, tukar duit kepada emas. Artikel ini bukan bercerita mengenai cara untuk membiakkan emas. Emas tak ada jantan, betina. 


Artikel ini bertujuan untuk membantu anda dan saya mengatasi sifat boros.

Simpan emas ni ada berbagai tujuan, nak pergi haji, nak kahwin, simpan duit untuk anak masuk universiti, nak kahwin satu lagi, kumpul deposit beli rumah, beli kereta dan banyak lagilah.

Kau biar betul... Sifu aku kata jika duit tu ada komitmen lain jangan beli emas.

Ya betul... Dia tak ada masalah boros.

Aku ni, dapat gaji pagi petang duit dalam akaun bank dah kosong!!!!

Kosong..... 


Artikel ni untuk orang mcam aku bukan untuk sifu-sifu yang power-power tu.

Untuk mengekalkan nilai wang kita perlu membeli aset yang tiada susut nilai.

Susut nilai ialah turunnya atau berkurangnya nilai sesuatu disebabkan faktor masa, mutu barangan. Antara barang yang mempunyai susut nilai ialah kereta, motor dan duit.

Maksud susut nilai ialah katakan kita beli kereta dengan harga RM40,000. Selepas nilai kereta itu akan turun kepada RM30,000. Setelah satu tempoh masa katakan 10 tahun nilai kereta itu hanya akan tinggal beberapa ribu atau ratus sahaja. Di samping susut nilai kereta perlu di selenggara, perlu di isi petrol dan sebagainya. Semua ini perlukan duit.

Ok lah, beli kereta ada susut nilai, simpan duit jelah selamat.

Duit juga ada susut nilai, nilai wang kertas akan susut akibat inflasi. Wang kertas juga hanya akan laku digunakan selagi ianya diakui sah oleh kerajaan. Pernah dengar Zimbabwe, apa jadi pada duit mereka atau pernah dengar dinar Baghdad. Semua ini adalah contoh wang kertas yang telah hilang nilai kerana tidak diperakui oleh Kerajaan. Kat Jerman dulu ada Deutschmark,  hari ini Deutschmark hanya laku sebagai barangan cenderahati. Duit kertas Jerman telah bertukar kepada Euro. Saya berada di Jerman pada hari pertama Euro diperkenalkan, saya sempat guna kedua-dua duit tersebut untuk selama 6 bulan semasa belajar disana.



Untuk atasi masalah boros kita perlu tukarkan duit kertas atau fiat money kepada emas. Bukan barang kemas atau emas perhiasan tetapi emas pelaburan.  



Ada beza tu. 

Caranya mudah aje, setiap kali dapat gaji, sebelum berbelanja buka website Public Gold (https://www.publicgold.com.my/) dan belilah emas dengan modal serendah RM100 melalui akaun GAP.



Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit. Bila dah cukup gram tukar GAP kepada fizikal dan simpan elok-elok.





Antara pesanan penting guru-guru kewangan ialah:

  • Simpan dulu baru belanja

Dapat gaji beli GAP dulu lebih baru belanja.

 
  •  Bina simpanan kecemasan 3 hingga 6 bulan.

Beli emas yang sama nilai dengan gaji kita untuk selama 3 hingga 6 bulan. Bila nak pakai duit, boleh gadai atau jual. Yang penting duit selamat. 

Eh bukan ke sifu kata duit kecemasan tu perlu disimpan dalam Tabung Haji ke, ASB ke....

 
Betul supaya senang dibelanjakan bila perlu, duit kau habis setiap bulan sebab belanja bila perlulah kan.... Ada duit keluar, ada duit belanja. Itulah punca masalah kat sini duit bocor dan tiris.

 

  •  Melabur untuk jadi kaya
Antara aset pelaburan yang sering dicadangkan ialah rumah, tanah dan sebagainya.

Betul.... Semua tu aset bernilai tinggi, jika kita beli rumah hari ini dengan harga RM100K,  5 tahun akan datang rumah tu mungkin dah naik jadi RM300K.

Untung 200K, wow.... Tapi nak jual rumah makan masa, jika hari ni jual mungkin 6 bulan atau setahun lagi baru dapat duit. Tanah pun sama.

Emas hari ni jual, esok lusa dan boleh dapat duit. Kan beza tu.

Satu lagi kalau beli rumah dalam masa 5 tahun, pasti ada paip bocor, cat luntur, lantai terkopak dan macam-macam lagi semua tu duit. Emas tak perlu maintainance, beli dan simpan je.

Eh apalah bodoh kau ni, beli rumah kasi sewalah, buat homestay ke, kita beli orang tolong bayar.

Betul.... Hari ini PKP, ramai kena buang kerja, camna mereka nak bayar sewa?

La ni orang tak boleh rentas sempadan negeri, tak boleh melancong, siapa nak duduk kat homestay tu?


Antara kelebihan emas sebagai simpanan ialah tiada tarikh luput dan tiada susut nilai. Bila kita nak jual emas, orang tak tanya emas ni beli tahun bila, jika beli tahun 1964, harga sekian, beli tahun 2020 harga sekian.

Tak ada kan....

Selagi kualiti emas itu sama, Harga emas tetap sama, tapi jika beli barang kemas memanglah ada potongan harga sebab design emas dan beberapa perkara lain.

Dalam hal ini kita bercerita mengenai emas pelaburan bukan barang kemas.

Tahukah anda, harga emas telah meningkat sebanyak 70% dalam masa 5 tahun dan meningkat sebanyak 600% dalam masa 20 tahun. 

Rujuk: Gold Price Malaysia (https://goldprice.org/gold-price-malaysia.html).



Harga emas terendah ialah RM30/gram iaitu pada tahun 1984 dan harga emas tertinggi sehingga hari ini ialah RM260/gram. Pakar pelaburan meramalkan harga emas boleh naik sehingga RM500/gram pada 2020 tetapi buat masa ni harga tersebut masih belum dapat dicapai.

Kesimpulannya untuk mengatasi sifat boros beli dan simpan emas. Nak guna duit boleh gadai atau jual.

Ok bro. Saya mohon mencadangkan.....

Terima kasih.



Nak beli emas dan perak sila masuk sini:

Introducer name: Abdul Shokor Abd Talib

Introducer code: PG00124016





#SamaSamaUntung

#KitaJagaKita



#SayaPilihPublicGold

#PG00124016

Whatsapp: 018-9722787 (Abdul Shokor)

 

https://ilmuemas2020.com/

Comments