Apabila berbicara mengenai emas, kita sering terdengar emas adalah kalis inflasi.
Inflasi tu apa
sebenarnya?.
Inflasi ialah kemerosotan nilai mata wang kerana banyaknya wang yang beredar dan menyebabkan harga barang-barang naik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua).Rajah 1 menunjukkan kadar inflasi dari tahun 1984 hingga tahun 2020. Secara purata kadar inflasi tahunan Malaysia berada kadar 2%. Maksudnya ialah jika kita beli satu barang pada harga RM100 pada 1 Januari, pada 31 Disember harga barang tersebut akan naik kepada RM102. Inilah yang dinamakan inflasi. Nilai matawang menyusut.
Apa maksud emas
kalis inflasi?.
Kalis inflasi bermaksud nilai emas akan sentiasa mengatasi susutnilai matawang,
bila matawang jatuh harga emas akan naik, lagi banyak wang dicetak, harga emas
akan jadi semakin mahal.
Emas mampu mengekalkan nilainya, satu dinar emas seberat 4.25g pada 1400 tahun yang lalu mampu membeli seekor kambing, nilai tersebut kekal sehingga hari ini.
Pada tahun 1990
harga emas berada pada kadar antara RM30-RM50/gram, pada waktu ini harga
sepinggan nasi lemak ialah RM0.30. Hari ini 2020, harga emas berada pada RM250/gram
dan sepinggan nasi lemak dijual pada harga RM2.50.
Kenapa harga nasi
lemak menjadi semakin mahal?.
Keadaan ini terjadi kerana nilai matawang telah menyusut. Akibat dari susut nilai kuasa membeli juga menjadi semakin kecil.
Rajah 2,
menunjukkan kadar kenaikan harga emas dalam masa 20 tahun. Harga emas telah
naik sebanyak 600%, emas yang dibeli dengan harga RM500 pada tahun 2000, kini
berharga RM3000. Keadaan ini berlaku kerana nilai matawang telah menyust sebanyak
40% dalam masa 20 tahun. Wang RM100 yang kita simpan pada tahun 2000, kini
hanya mampu membeli barang yang bernilai RM60 atau kurang.
Untuk mendapatkan keuntungan dari emas, kita perlu menyimpan emas dalam masa sekurang-kurangnya 2 tahun, jadual menunjukkan dari tahun 2019 hingga 2020, harga emas telah meningkat sebanyak 40%, manakala dalam masa 5 tahun iaitu dari tahun 2016 hingga 2020, harga emas telah meningkat sebanyak 70%, peningkatan ini tidak linear kerana harga emas tidak semestinya naik, ada masanya ia turun.
Samalah
seperti langit tidak selalu cerah, ada masanya mendung tetapi selepas hujan
turun mentari pasti akan bersinar semula. Emas naik sebanyak 600% dalam masa 20
tahun.
Kitaran turun naik harga emas ini adalah perkara biasa. Ianya telah diterangkan
di dalam banyak buku-buku pelaburan. Kitaran ini dikenali sebagai komoditi cycle.
Adik kepada komoditi ialah stok atau pasaran saham. Apabila pasaran saham merudum, harga emas naik, apabila pasaran saham naik, harga emas jatuh. Rajah 3 menunjukkan jumlah berat emas yang diperlukan untuk membeli sebuah rumah.
Sebagai kesimpulan jika anda ingin membuat simpanan, simpanlah emas. Jangan simpan duit. Emas juga boleh dijadikan sebagai pelaburan jangka masa panjang tetapi ia memerlukan ilmu dan pemahaman yang betul mengenai emas.
Jangan beli emas kerana ikut trend, belilah emas kerana anda memahami kepentingan menyimpan emas.
Daftar sebagai Customer Public Gold
#SamaSamaUntung
#KitaJagaKita
Comments
Post a Comment