TRADER VS INVESTOR

Orang yang mencari keuntungan dari saham, komoditi atau pasaran modal terbahagi kepada dua iaitu Trader dan Investor.

Sebelum kita melibatkan diri dalam dunia ini kita perlu faham perbezaan antara dua kerjaya ini. Sekarang ni memang ramai “sifu” yang menganjurkan seminar bijak saham dan teknik melabur, seminar ini pasti akan menguntungkan penganjur seminar dan broker-broker saham yang berada dibelakang mereka, namun ia belum tentukan boleh menguntungkan anda dan saya. 


Saya tidak mengatakan salah untuk menghadiri seminar dan kelas berkaitan pelaburan, malah itulah yang sepatutnya dilakukan sebelum menceburkan diri dalam dunia pelaburan. Apa yang saya ingin kongsi disini ialah kita perlu jelas mengenai jenis kerjaya yang ingin kita ceburi, ya bermain saham juga adalah satu kerjaya. 

Anda bekerja untuk memberi kekayaan kepada broker-broker dan syarikat yang menguruskan urusan jual beli saham. Di dalam realiti tidak kira sama ada anda untung atau rugi akibat daripada urusan jual beli saham, broker saham akan tetap mendapat keuntungan. Fikir-fikirlah.....

Trader berasal dari perkataan trade; perniagaan atau perdagangan iaitu urusan berjual beli untuk mencari keuntungan.

Trader bermaksud pedagang. Rasulullah dan Abdul Rahman bin Auf adalah Ikon Pedagang Terunggul.

Kata kunci di sini ialah pedagang melakukan urusan jual beli untuk mencari keuntungan yang biasanya berlaku di dalam masa yang singkat.


Investor berasal dari perkataan Invest. Menurut kamus dewan antara maksud Invest ialah menyiasat, menyelidik; memberi; melabur dengan membeli. Dari definisi ini kita boleh mentakrifkan Investor sebagai seorang yang melakukan penyiasatan dan penyelidikan sebelum memberikan sejumlah wang atau modal ke dalam sesebuah perniagaan.

Kata kunci yang penting disini ialah menyiasat dan menyelidik; pelabur perlu faham dengan jelas mengenai keadaan sesuatu perniagaan sebelum mereka membuat keputusan untuk memberikan modal atau wang kepada sesebuah perniagaan.

Dari definisi di atas jelas pedagang cenderung untuk mendapatkan keuntungan jangka pendek, kerana keuntungan dijana atas urusan jual beli. 

Manakala pelabur mensasarkan keuntungan jangka panjang kerana mereka meletakkan modal atau wang mereka di dalam sebuah perniagaan yang belum dapat dipastikan sama ada untung atau rugi.


Instrument pelaburan

Instrument pelaburan adalah alat atau perkakas yang digunakan oleh pelabur untuk mencapai matlamat yang ditetapkan iaitu keuntungan. 

Secara kasar instument pelaburan boleh dikelaskan kepada saham, komoditi dan pasaran modal.




Saham bermaksud wang yang dilaburkan ke dalam sesebuah perniagaan. Contoh kita beli saham ASB atau Maybank, wang tersebut akan digunakan untuk syarikat untuk menjalankan perniagaan yang dijangka akan menghasilkan keuntungan kepada syarikat, pemegang saham akan mendapat keuntungan melalui bayaran dividen atau bonus yang ditetapkan oleh Ahli Lembaga Pengarah Syarikat. Dengan kata mudah bila kita beli saham sesuatu syarikat kita berkongsi pemilikan syarikat tersebut.

Komoditi bermaksud kita beli emas, perak, minyak sawit dan lain-lain sama ada secara fizikal atau atas kertas. Cara nak untuk mudah je, beli masa harga murah, tunggu harga naik jual

Urus niaga melibatkan komoditi ni memang boleh mendatangkan keuntungan tetapi kita perlu faham ragam pasaran, tahu faktor yang boleh meningkatkan dan menjejaskan harga sesuatu komoditi. 




Masa (Timing)

Masa adalah faktor terpenting dalam pelaburan

Punca utama sesebuah pelaburan itu untung atau rugi ialah timing (pemasaan), untuk mendapatkan keuntungan kita mesti beli pada harga rendah dan jual bila harga tinggi

Dalam masa yang sama kadar keuntungan yang dihasilkan mestilah melebihi dari kos pengurusan (fixed cost). Fixed cost  ialah kos tetap yang akan dikenakan kepada kita setiap kali sesuatu urusan jual beli dijalankan. Inilah cara broker buat duit. Kita beli kena cas, kita jual pun dia cas.

Kegagalan mengambil kira fixed cost akan menyebabkan kerugian walaupun harga jual adalah lebih tinggi dari harga beli.







Ilmu

Pelabur atau pedagang mesti ada ilmu. 

Jika nak terlibat dengan urusan jual beli emas, mesti ada ilmu mengenai emas. 

Ilmu pelaburan ada dua iaitu fundamental pasaran (perkara-perkara yang boleh mempengaruhi pasaran) dan ilmu teknikal iaitu ilmu berkaitan carta teknikal.



Abdul Shokor bin Abd Talib
PG Intorducer Code: PG00124016
Daftar sebagai Customer Public Gold
Whatsapp: 018-9722787

email: abdulshokor@hotmail.com


Untuk Branch anda boleh pilih mana cawangan public Gold Yang berhampiran dengan tempat tinggal anda.




Jika rasa ragu-ragu, beli 1 gram dulu dengan harga RM290, lepas tu bawa pergi Pos Ar Rahnu, tengok betul ke emas tu boleh digadai ataupun pergi je kat kaunter Ar Rahnu tu, kat pintu masuk mesti ada rak kaca pameran emas Public Gold. 




Abdul Shokor bin Abd Talib
PG Intorducer Code: PG00124016
Whatsapp: 018-9722787

email: abdulshokor@hotmail.com

https://ilmuemas2020.com/

Comments