Emas adalah pelaburan!
Emas adalah simpanan bukan pelaburan!
Emas adalah insuran! Emas bukan pelaburan!
Rilek beb! Tak perlu gaduh, semua betul.
Kenapa pulak semua betul?
Semua betul sebab ia bergantung kepada objektif atau tujuan beli emas. Ada orang beli emas kerana nak jual semula bila harga naik, so pada dia emas adalah pelaburan.
Eh tak betul tu! Harga emas mana naik, nilai Matawang je jatuh!.
Ikut suka kaulah, dalam kes mereka yang anggap emas sebagai pelaburan, anggap je beli emas tu macam beli saham. Beli masa harga murah, simpan dan jual bila harga tinggi. Settle masalah!.
Emas akan menjadi simpanan bila objektif beli emas adalah untuk dijadikan sebagai simpanan kecemasan ke, pergi haji dan umrah ke, untuk tampung yuran pengajian ke. Strategi; Beli, Simpan, Beli Simpan, bila dah cukup target. Jual semula emas tu untuk membiayai keperluan yang telah ditetapkan. So samalah macam simpan duit dalam bank tapi dalam kes ini, simpan dalam bentuk emas fizikal.
Ada
satu golongan percaya Emas adalah insurans kekayaan. Geng ini simpan emas
untuk mengelakkan duit mereka hilang nilai akibat daripada inflasi.
Geng ini selalu bawa contoh cerita perang Vietnam, pelarian Vietnam bawa emas bila lari meninggalkan kampung halaman mereka. Gold is God Money. Emas laku di mana-mana sahaja.
So, tak perlulah gaduh pasal Emas ni, semuanya bergantung pada nawaitu semasa kau beli emas tu.

Cara
Untuk Kumpul Emas
Terdapat
beberapa cara untuk kita beli dan kumpul emas; Guna duit sendiri, Sikit-sikit
lama jadi bukit, Other People Money dan Future Income. Istilah ni saja je aku
reka supaya nampa gempak.
Guna duit sendiri
Cara ni mudah je, jika harga satu dinar RM 900.00 dan kau ada RM 900.00,
buka web site Public Gold (https://www.publicgold.com.my/) beli jelah
emas 1 dinar dan simpan.
Sikit-sikit lama jadi bukit
Kaedah ni samalah seperti simpan duit dalam bank yang beza kat
sini kita simpan emas dengan cara beli GAP atau beli emas secara ansuran melalui kaedah Easy Payment Purchase - EPP (Beli
emas bayar secara ansuran sebanyak 4 kali, habis bayar tebus emas kat Public
Gold).
GAP |
EPP 4 |
Dua – dua kaedah ini ditawarkan
oleh Public Gold kepada pelanggannya dan diakui patuh syariah.
Beli emas guna duit
orang lain.
Cara dia camna?
Katakan kita ada modal sebanyak RM3000.00 kita pun guna modal tu untuk beli 10 gram emas. Kemudian bawa emas tu pergi Ar Rahnu dan jadikan cagaran untuk dapatkan wang tunai.
Duit yang pinjaman dari Ar Rahnu tu guna semula untuk beli emas dengan berat yang lebih kecil.
Berapa gram nak beli, berapa kerap nak rolling ikut suka hangpa lah! Tapi ingat bila guna cara ini mesti ada bajet untuk tebus semula emas tu lepas tamat tempoh gadaian. Jika tidak nanti emas tu akan tergadai.

Guna pendapatan masa depan
Ala buat loan Bank
Rakyat ka, Koperasi ka!
Asal jangan pinjam Along sudah... Bila dapat duit hangpa belilah emas. Kenapa nak beli emas sekarang, beli 10 tahun akan datang tak boleh ke.
Asal jangan pinjam Along sudah... Bila dapat duit hangpa belilah emas. Kenapa nak beli emas sekarang, beli 10 tahun akan datang tak boleh ke.
Dalam kes ini aku panggil future income, gaji kita 5 – 10 tahun
akan datang.
Hang pa ingat tak kempen RM50 penuh satu troli, sekarang boleh ke beli barang RM50 penuh satu troli.
Hang pa ingat tak kempen RM50 penuh satu troli, sekarang boleh ke beli barang RM50 penuh satu troli.
Samalah juga dengan emas, hari ini satu
dinar RM900, agak-agak 5-10 tahun lagi boleh ke kita beli emas dengan harga
RM900 satu dinar.
Kesimpulannya,
tidak ada betul atau salah dalam urusniaga emas ni, yang penting patuh syariah,
hang nak beli sebagai simpanan ka, pelaburan ka, insuran ka, ikut suka hang pa lah.
Jangan taksub sangat dengan ajaran “sifu” hang pa. Duit tu, duit hang pa. Sendiri mau ingatlah...
Jangan taksub sangat dengan ajaran “sifu” hang pa. Duit tu, duit hang pa. Sendiri mau ingatlah...
Margin
Salah
satu istilah penting dalam dunia pelaburan adalah margin. Margin ni sebenarnya
modal permulaan. Akaun pelaburan tu sama je macam akaun bank, sebelum hang
boleh beli saham, hang perlu letak duit dalam akaun dulu, samalah macam nak
beli barang kat Lazada ke, Shopee ke, Fingo ke, sebelum nak buat bayaran mesti
ada duit dalam eWallet atau akaun bank dulu.
Leverage
Leverage
ni dalam istilah mudah ialah kemudahan untuk berhutang. Jika kadar leverage
ialah 1:100, bermakna untuk setiap RM100 yang kita nak pinjam untuk beli
sesuatu saham, kita perlu ada RM 1, dalam bentuk margin. Jika kadar leverage
ialah 1:50, kita perlu ada RM 2 untuk setiap RM100 yang kita nak pinjam dari
broker untuk beli saham.
Dalam
dunia emas, margin ni kita anggap macam modal permulaan untuk beli emas,
katakan kita ada RM 3000 (yang ni kita anggap sebagai margin), so kita beli
emas 2 dinar Emas. Lepas tu kita bawa 2 dinar tu pergi Ar Rahnu kita akan dapat
60-80% pinjaman berdasarkan harga emas semasa (yang ni kita boleh anggap
sebagai leverage), kemudian kita guna pulak duit yang kita pinjam dari Ar Rahnu
tu untuk beli 1 dinar emas. Sama je kan.
So
tak payahlah nak bergaduh, istilah tu di reka untuk bagi nampak mereka lebih
pandai dari kita je.
Margin
Call
Margin
Call ni berlaku bila duit yang adalah akaun tak cukup untuk bayar hutang
pinjaman yang kita gunakan untuk beli saham tu akan dikenakan caj keuntungan
antara 6 – 7% setahun bergantung kepada broker, bila saham yang kita beli rugi,
dan duit yang ada dalam akaun tak cukup untuk bayar kadar faedah yang dikenakan
broker saham akan call kita untuk tambah duit, buat pelarasan semula bilangan
saham yang dibeli atau jual saham.
Samalah
dengan keadaannya bila kita beli emas dengan menggunakan kaedah OPM dengan
pinjam duit dari Ar Rahnu, jika pinjam dari Ar Rahnu Pos, kadar upah simpan
ialah RM 0.65 bagi setiap RM100 dari jumlah marhun (harga emas semasa).
Pinjaman perlu dijelaskan dalam masa 6 bulan, selepas 6 bulan kita perlu tebus
semula barang yang telah digadaikan atau bayar upah simpan atau biar ajelah
emas kita di lelong.
Bila kita tak hadir ke Ar Rahnu untuk bincang tindakan selanjutnya berkaitan pinjaman kita akan berlakulah “margin call”.
Bila kita tak hadir ke Ar Rahnu untuk bincang tindakan selanjutnya berkaitan pinjaman kita akan berlakulah “margin call”.
Akhirnya
apa cara yang terbaik untuk simpan emas.
Sifu aku kata “Beli emas secara cash!”.
Sifu aku kata “Beli emas secara cash!”.
Sifu
aku kata “Kumpul duit dulu baru belanja!”
Sifu aku kata “Jangan simpan duit, Simpan emas!”
Jap.... Jap.... Cool bro..... Duit tu, duit engkau ke atau duit sifu engkau.
Jika duit tu engkau..... yang punya, setlah strategi kau sendiri.
Sifu kau tu dah tentu dia dah kaya, dia kaya sebab dia dah berjaya sedut dari poket engkau masuk poket dia.
Belajar tak salah tapi lepas belajar kita perlu sesuaikan ilmu yang kita belajar dengan keperluan dan kemampuan diri kita sendiri,

ada faham....
Ok Bro nanti kita sambung dengan tajuk lain pulak....
Ok Bro nanti kita sambung dengan tajuk lain pulak....
Aku
pun dah kena margin call ni, nak set strategi camna nak elak emas aku kat Ar
Rahnu supaya tak kena lelong.
Tchuss....
Tchuss....
Abdul Shokor bin Abd Talib
PG Intorducer Code: PG00124016
Daftar sebagai Customer Public Gold
Daftar sebagai Customer Public Gold
Whatsapp: 018-9722787
email: abdulshokor@hotmail.com
Jika rasa ragu-ragu, beli 1 gram dulu dengan harga RM290, lepas tu bawa pergi Pos Ar Rahnu, tengok betul ke emas tu boleh digadai ataupun pergi je kat kaunter Ar Rahnu tu, kat pintu masuk mesti ada rak kaca pameran emas Public Gold.
Abdul Shokor bin Abd Talib
PG Intorducer Code: PG00124016
Whatsapp: 018-9722787
email: abdulshokor@hotmail.com
https://ilmuemas2020.com/
https://ilmuemas2020.com/
Comments
Post a Comment