Bayangkan kita tinggal di sebuah pulau yang mana pekerjaan utama orang yang tinggal di pulau ialah nelayan. Oleh kerana majoriti penduduk adalah nelayan, segala urusan dilaksanakan dengan menggunakan ikan sebagai tukaran.
Apabila jumlah ikan yang ditangkap menjadi semakin banyak dan urusan jual beli melibatkan ikan menjadi semakin rumit, penduduk bersetuju untuk memperkenalkan rumah simpanan ikan. Setiap ikan yang disimpan di rumah ikan akan diberikan satu keping kertas yang sah diperlakukan dengan nilai seekor ikan. Bermula dari hari itu penduduk mula menyimpan ikan di rumah ikan dan berurus niaga dengan menggunakan surat ikan kerana ia lebih mudah untuk disimpan dan dibawa kemana-mana. Penduduk boleh menebus ikan mereka dengan menyerahkan kembali surat ikan kepada penjaga rumah ikan.
Apabila bilangan ikan yang tersimpan di dalam rumah ikan telah menjadi terlalu banyak, pengurus rumah ikan telah memperkenalkan sistem pinjaman surat ikan. Melalui sistem ini pengurus rumah ikan dibenarkan untuk mengeluarkan 10 keping surat ikan bagi setiap ekor ikan yang disimpan di dalam rumah ikan. Sekeping surat ikan akan diberikan kepada pemilik ikan asal, manakala 9 keping lagi akan diberikan kepada penduduk yang lain sebagai pinjaman. Peminjam dikehendaki memulangkan semula ikan kepada rumah ikan mengikut jumlah surat ikan yang dikeluarkan. Apabila jumlah ikan yang ditangkap semakin berkurangan, lebih ramai orang yang datang untuk meminjam surat ikan berbanding dengan menyimpan ikan. Keadaan ini menyebabkan jumlah surat ikan yang berada di pasaran tidak seimbang dengan jumlah ikan di dalam simpanan rumah ikan.
Apabila jumlah surat ikan telah menjadi terlalu banyak, manakala jumlah ikan di dalam simpanan terhad. Pengurus rumah ikan telah memotong ikan tersebut kepada 10 bahagian mengelakkan penduduk terputus bekalan ikan. Setiap kali seorang datang untuk menebus semula surat ikan mereka, mereka akan diberikan 1 bahagian ikan yang telah dikerat 10.
Keadaan ini telah menyebabkan nilai surat ikan berkurangan dari seekor ikan kepada 1/10 ikan untuk setiap surat ikan yang dibawa. Keadaan ini juga telah menyebabkan jumlah surat ikan yang diperlukan untuk membeli barangan keperluan harian turut meningkat.
Nilai Matawang (surat ikan) pada asalnya ditambat dengan jumlah emas (ikan) yang disimpan di dalam bank. Apabila jumlah wang yang dicetak telah menjadi terlalu banyak, nilai Matawang berbanding dengan emas akan turut berkurangan. Sebagai contoh jika pada asalnya sekeping wang kertas bersamaan dengan 1 gram emas fizikal. Apabila 1 gram wang emas disandarkan kepada 10 keping wang kertas, nilai wang kertas yang dicetak adalah bersamaan dengan 0.1 gram emas fizikal.
Pertambahan jumlah wang di pasaran akan menyebabkan inflasi yang mengakibatkan kos keperluan harian meningkat, di dalam masa yang sama harga emas akan turut meningkat kerana jumlah wang yang diperlu ditukarkan untuk menebus 1 gram emas akan bertambah.
Keadaan ini menyebabkan nilai Matawang menjadi semakin kecil sejajar dengan pertambahan wang kertas yang dicetak. Untuk mengukuhkan semula nilai Matawang kerajaan perlu menambah simpanan emas di dalam bank, supaya nisbah nilai wang kertas dan emas semakin meningkat atau mengurangkan edaran wang kertas di dalam pasaran (deflasi).
Majoriti kerajaan didunia akan mengambil pendekatan inflasi dan membiarkan harga barang terus naik berbanding kaedah deflasi yang akan menyebabkan harga barang jatuh tetapi bekalan wang berkurangan.
Sekiranya kerajaan terus menerus mencetak wang kertas tanpa henti, nilai wang kertas akan menjadi kosong (zero), keadaan ini telah berlaku di Malaysia di Zaman Jepun (Wang Pisang) dan di Negara Zimbabwe.
Abdul Shokor bin Abd Talib
PG Intorducer Code: PG00124016
Daftar sebagai Customer Public Gold
Daftar sebagai Customer Public Gold
Whatsapp: 018-9722787
email: abdulshokor@hotmail.com
Jika rasa ragu-ragu, beli 1 gram dulu dengan harga RM290, lepas tu bawa pergi Pos Ar Rahnu, tengok betul ke emas tu boleh digadai ataupun pergi je kat kaunter Ar Rahnu tu, kat pintu masuk mesti ada rak kaca pameran emas Public Gold.
Abdul Shokor bin Abd Talib
PG Intorducer Code: PG00124016
Whatsapp: 018-9722787
email: abdulshokor@hotmail.com
Comments
Post a Comment