10 JENIS PELABURAN YANG SAH DI MALAYSIA


Pelaburan ialah aktiviti yang dilakukan untuk menambah wang masuk ke dalam kolum pendapatan dengan menggunakan kaedah “Compounding Interest” atau faedah berganda. 

Keuntungan diperolehi dividen atau bonus yang diperolehi dari sesuatu pelaburan dilaburkan semula untuk memperolehi keuntungan yang lebih tinggi. 


Pepatah mengatakan “No Pain, No Gain”. 

Untung yang besar dari pelaburan turut disertai dengan risiko yang tinggi kerana pelaburan terdedah kepada risiko untung dan rugi.


Jenis-jenis pelaburan

Pelaburan tunai

Pelaburan tunai yang paling popular ialah simpanan tetap (fixed deposit).

Kadar keuntungan simpanan tetap yang ditawarkan oleh bank berbeza mengikut bank dan tempoh masa simpanan.

Walaupun pelaburan tunai dianggap sebagai pelaburan yang berisiko rendah, simpanan tunai terdedah kepada risiko inflasi dan kehilangan atau susut nilai.

Untuk memahami kesan inflasi ialah harga barang semakin lama semakin mahal.

Selain dari simpanan tetap, pelabur juga boleh memilih untuk menyimpan duit di dalam Tabung Haji atau Sijil Simpanan Premium BSN (SSP) dan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN).


Unit Amanah/Amanah Saham

Pelaburan dalam unit amanah (Unit Trust) melibatkan tiga pihak iaitu pelabur, pengurus dana dan pemegang amanah.

Pelabur mengeluarkan modal dengan harapan mendapatkan untung.
Pengurus dana menguruskan dana dan melabur mengikut objektif yang ditetapkan.

Pemegang amanah pula memastikan modal (amanah) yang diberikan pelabur diuruskan dengan cara yang betul oleh pengurus dana.

Contoh unit amanah yang popular adalah Amanah Saham Bumiputera dan Amanah Saham Nasional yang dikeluarkan oleh Permodalan Nasional Berhad.


Pasaran saham

Pelaburan saham bermaksud kita membeli sebahagian dari pemilikan syarikat. 

Keuntungan dari pasaran saham boleh diperolehi dengan dua cara iaitu jual beli saham (Trader) atau pelaburan saham (Investor). Jual beli saham melibatkan masa yang singkat bermula dari beberapa jam hingga beberapa hari.

Trader mendapat untung melalui perbezaan harga beli dan jual sesuatu saham. Trader tidak mementingkan perkembangan syarikat, mereka hanya ingin mengaut keuntungan semaksimum mungkin.
Investor adalah orang yang membuat pelaburan dalam jangka masa panjang, sebelum memnuat pelaburan investor perlu membuat kajian mengenai kemampuan syarikat untuk berkembang dan membuat keuntungan.

Investor akan memperolehi keuntungan dari dividen yang dibayar oleh syarikat secara berkala. Investor juga boleh menggunakan kaedah Compounding Interest untuk menambah bilangan saham dan keuntungan yang bakal mereka perolehi di masa hadapan.


Hartanah fizikal

Hartanah terdiri daripada tanah, bangunan dan sumber-sumber di atasnya. Ia termasuklah rumah kediaman atau bangunan yang didirikan di atas tanah. Tanah atau tanah kosong bermaksud tanah yang digunakan untuk tempat letak kereta, kawasan hijau untuk mengindahkan bandar, tanaman rumput atau tanah untuk pembangunan dan perindustrian

Pelaburan hartanah boleh terjadi dalam bentuk beli, tunggu harga meningkat jual, beli dan sewakan, beli tanah dan usahakan seperti tanam sawit, durian dan lain-lain atau sewa harta dari tuan punya hartanah dan sewakan semula kepada orang lain.

Pelaburan dalam bidang hartanah adalah amat menguntungkan tetapi ia memerlukan modal pengetahuan berkaitan undang hartanah. Hartanah juga sukar untuk dicarikan kerana proses untuk jual beli hartanah akan mengambil masa yang lama.


Hartanah ‘kertas’

Hartanah kertas dikenali sebagai Real-Estate Investment Trust (REIT), pelaburan jenis ini melibatkan kita membeli saham dalam amanah saham yang melibatkan pengurusan hartanah, pengurus tabung amanah akan membeli dan menguruskan beberapa bidang hartanah dan pelabur akan menerima dividen atas keuntungan pelaburan yang dilakukan.


Komoditi fizikal

Komoditi Fizikal melibatkan item fizikal seperti emas, perak, minyak sawit dan lain-lain. Strategi untuk mendapatkan keuntungan dari pelaburan ini ialah beli semasa harga murah, simpan dan jual apabila harga meningkat.


Exchange Traded Fund (ETF)

ETF menggunakan konsep yang sama seperti unit amanah dan diuruskan oleh pengurus dana profesional. ETF diurusniagakan di bursa saham dan boleh dibeli seperti saham yang lain yang diniagakan di bursa saham.


Komoditi ‘kertas’

Komoditi kertas berbntuk kontrak hadapan (commodity futures). Urusniaga kontrak hadapan memerlukan peniaga lock harga komoditi pada masa sekarang untuk ditebus pada masa hadapan (tidak kira samaada harga komoditi itu semakin naik atau turun). 

Antara yang paling popular adalah FCPO (Crude Palm Oil Futures), komoditi kelapa sawit yang mana didagangkan di Bursa Malaysia.


Derivatif kewangan

Antara produk berkaitan derivatif kewangan adalah index futures, warrants dan options.

Produk derivatif kewangan didagangkan di Bursa Malaysia, dan kebanyakannya adalah tidak patuh-syariah.


Pelaburan koperasi

Syarat untuk membeli saham dan kadar dividen yang ditawarkan oleh koperasi berbeza diantara satu koperasi dengan koperasi yang lain.




Abdul Shokor bin Abd Talib
PG Intorducer Code: PG00124016

Daftar sebagai Customer Public Gold
Whatsapp: 018-9722787
email: abdulshokor@hotmail.com


Untuk Branch anda boleh pilih mana cawangan public Gold Yang berhampiran dengan tempat tinggal anda.




Jika rasa ragu-ragu, beli 1 gram dulu dengan harga RM290, lepas tu bawa pergi Pos Ar Rahnu, tengok betul ke emas tu boleh digadai ataupun pergi je kat kaunter Ar Rahnu tu, kat pintu masuk mesti ada rak kaca pameran emas Public Gold. 




Abdul Shokor bin Abd Talib
PG Intorducer Code: PG00124016
Whatsapp: 018-9722787
email: abdulshokor@hotmail.com

Comments